Aznil: Apa saya buat di luar akan pengaruhi rating program saya

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aznil berposing ketika rakaman Macam-Macam Aznil musim ke lima semalam. - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
Aznil berposing ketika rakaman Macam-Macam Aznil musim ke lima semalam. - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

GELARAN Haji Aznil Haji Nawawi kini membuatkan hos, penyanyi dan penyampai radio ini merasakan dirinya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk digalas dalam menyampaikan sesuatu kepada masyarakat sama ada dari segi hiburan mahupun mesej yang diberi.

Aznil yang ditemui ketika rakaman Macam-Macam Aznil musim ke lima semalam banyak menjawab apa yang dipersoalkan mengenai statusnya sekarang yang mungkin akan memberi kelainan dalam kerjayanya.

"Pada saya tiada masalah dengan kerja saya, kerja saya bukan kerja hina atau terlarang. Cuma sekarang saya lebih berhati-hati dalam kerja saya dan saya lebih banyak memberi mesej dan saya sendiri mempunyai tanggungjawab yang besar dalam Macam-Macam Aznil kali ini.

"Tetapi saya juga tidak kurangkan pada elemen hiburan. Masih lagi ada kemeriahan dalam rancangan ini, ada mesej yang saya sampaikan kerana ini mungkin dapat mengimbangi kemeriahan dalam Macam-Macam Aznil selain diselit dengan hiburan kosong," kata hos Macam-Macam Aznil yang kini sudah masuk ke musim ke lima.

Aznil juga menyatakan yang dia juga berasa takut dengan statusnya sekarang dan harapan dari pihak pengurusan yang mana memerlukan dia menjaga kualiti dan etika kerjanya.

"Saya takut jugak, semua ini disebabkan tanggungjawab dan harapan. Harapan dari ASTRO terutamanya kerana ada mata yang sentiasa memerhati saya sama ada pihak pelanggan mahupun pengurusan.

"Jadi saya kena jaga kualiti dan etika kerja saya kerana di Malaysia agak berlainan, kita bukan saja diperhatikan ketika di kaca TV, malah ketika berada di luar juga kita sentiasa diperhatikan.

"Apa juga yang saya buat di luar mungkin akan pengaruhi kualiti kerja saya sekaligus akan pengaruhi rating rancangan ini." kata Aznil.

Bagaimanapun selebriti ini amat bersyukur apabila dia diberitahu yang rancangan Macam-Macam Aznil merupakan program bual bicara dari Malaysia yang tersenarai dalam 'Wikipedia' bersama program bual bicara lain dari seluruh dunia.

"Alhamdulillah, ini benda menarik kerana saya sendiri tidak tahu perkara ini. Program ini bergerak dalam Bahasa Melayu, bahasa kita ini bukan semua orang faham tetapi ini telah jadi satu kejayaan luar biasa dan saya tidak terfikir nama saya boleh berada di peta dunia.

"Mungkin melalui gerak badan, memek muka, lenggok pengacaranya yang membuatkan penonton di luar sana dapat faham," katanya dalam keadaan berseloroh.

Namun ketika disentuh mengenai isu Aznil dipersalahkan kerana meninggalkan majlis tanpa memberitahu pihak pihak penganjur, Anil berkata:

"Perkara ini masih jadi isu ke? Saya rasa masalah ini sudah selesai dan saya tidak terasa apa-apapun.

"Saya terlebih awal menolak undangan dari pihak ini untuk menjadi pengacara majlis sebab pada hari sama saya perlu ke Johor untuk menyertai Jelajah Era ke 11, tapi atas dasar kawan, saya pun terima dengan sayarat saya perlu dilepaskan pada pukul 11.

"Pihak pengajur pun bersetuju dan kata lepas pukul 11 akan ada orang gantikan saya. Tetapi aacra tu mula lewat hari itu dan masa atas pentas saya tengok jam dah pukul 11.30 jadi saya tanpa berlengah terus keluar kerana pemandu saya dah tunggu lama." jelas Aznil.

Tetapi masalah yang timbul adalah apabila Aznil bergegas untuk pulang giliran artis yang akan membuat persembahan selepas ini adalah Jay Jay dan Ramlah Ram dan nama mereka tidak dipanggil untuk tampil ke pentas.

"Saya tahu mereka kecil hati dengan saya, jadi saya sebagai adik kepada mereka (Jay Jay dan Ramlah Ram) masa dalam perjalanan itu jugak saya hantar SMS kepada mereka ceritakan keadaan sebenar dan meminta maaf berkali-kali.

"Semua ini bukan masalah bagi kami, kami dah berbaik pun. Abang Jay Jay dah maafkan saya begitu juga Ramlah Ram. Bagi saya ini bukan isu besar. tambah Aznil.

Bagi peminat Aznil, anda akan dapat saksikan rancangan Macam-Macam Aznil musim ke lima bermula pada 23 Ogos ini setiap ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) yang akan menampilkan lima segmen terbaru iaitu Pakaian beragam, Debat Kecoh, tangkap leleh, Cili padi dan Ribut taufan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan