Stesen TV berebut siar liputan upacara memperingati Jackson

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RATA-RATA hampir kesemua stesen televisyen luar negara merebut peluang untuk menyiarkan secara langsung upacara memperingati Michael Jackson.

NBC, ABC, CNN, MSNBC dan E! Entertainment telah mengesahkan akan menyiarkannya secara langsung dari Staples Center, Los Angeles pada 10 pagi hari ini (Selasa). Waktu tempatan lebih kurang jam 11 malam.

NBC pada awalnya merancang untuk menyiarkan upacara tersebut selama satu jam ketika waktu perdana pada malam Selasa.

Charles Gibson akan mengetuai liputan untuk ABC. Penyampai berita CBS Katie Couric akan berada di The Staples Center untuk membuat liputan walaupun stesen televisyen tersebut masih belum memberikan kata putus sama ada untuk membuat siaran langsung itu.

CNN menyaksikan populariti meningkat dengan memaparkan berita Jackson. Ia akan menayangkan upacara tersebut menerusi rangkaian utama dan HLN (dulu dikenali sebagai Headline News).

CNN International akan menyiarkan upacara itu secara langsung ke segenap pelosok dunia. Anderson Cooper, Larry King dan Don Lemon ialah penyampai berita untuk liputan CNN.

Robin Meade, A.J. Hammer dan Jane Velez-Mitchell akan memberikan laporan berita terkini menerusi saluran HLN. CNN en Espanol turut akan membuat liputan.

Chris Jansing bakal melaporkan berita mutakhir secara langsung menerusi MSNBC. Fox News Channel belum mengumumkan rancangan penyiarannya.

E! Entertainment pula akan membuat liputan upacara tersebut di rangkaian televisyen dan laman webnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan