Penyakit kulit hanya alasan untuk Jackson berkulit putih - Berita Hiburan | mStar

Penyakit kulit hanya alasan untuk Jackson berkulit putih

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson sebelum melakukan pembedahan. - foto REUTERS
Michael Jackson sebelum melakukan pembedahan. - foto REUTERS

PRODUSER Michael Jackson, Quincy Jones mendakwa Raja Pop itu telah berbohong semata-mata bagi memastikan kulitnya "tidak berwarna hitam".

Menurut Jones, alasan Jackson ialah penyakit kulit yang dihadapinya telah memudarkan warna kulit daripada hitam kepada putih.

"Saya tidak mempercayai apa-apa yang mengarut seperti itu. Saya telah mendengar pelbagai alasan. Sebagaimana perokok - mereka akan berkata mereka hanya merokok selepas minum minuman keras.

"Semua itu adalah mengarut!" kata Jones yang pernah bekerjasama dengan Jackson dalam pembuatan album 'Bad' dan 'Thriller.'

Tambah Jones, alasan Jackson sedemikian telah membahayakan dirinya sendiri.

"Bagaimanapun, apabila seseorang itu berkeras kepala membuatnya, anda tidak boleh menghentikan tindakan mereka.

"Apa yang berlaku pada wajahnya adalah tidak masuk akal. Bahan-bahan kimia mengelupas kulitnya. Saya tidak memahami kenapa dia berbuat demikian. Apa yang pasti, Jackson tidak ingin berkulit hitam," kata Jones.

Jones berkata, dia tidak memahami kenapa Jackson mempunyai masalah dengan wajahnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan