Mel B akui perlakuan seks penting untuk kesihatan

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi terkenal, Melanie Brown bergambar Festivel TV Monte Carlo di Monaco. foto-AP
Penyanyi terkenal, Melanie Brown bergambar Festivel TV Monte Carlo di Monaco. foto-AP

PERLAKUAN seks yang dilakukan oleh selebriti terkenal Melaine Brown boleh membuat sesiapapun geleng kepala.

Tapi kenyataannya Melanie sendiri mengaku dia mengamalkan perlakuan seks sebanyak lima kali sehari untuk menjaga kesihatan.

Bekas Spice Girl yang gila-gila itu berpendirian bahawa seks adalah sebahagian dari cara hidupnya.

"Ya, seks memainkan peranan penting dalam latihan kecergasan saya. Alah bisa tegal biasa," media memetik Brown sebagai berkata.

Brown mendedahkan dia cenderung melakukan perhubungan intim dengan suaminya, Stephen Belafonte yang juga produser filem.

Katanya, dia tidak dapat berpisah daripada suaminya untuk satu tempoh masa lebih seminggu.

"Saya telah bersama-samanya untuk lima bulan kebelakangan ini di Vegas. Malah, saya juga menemaninya apabila dia mempunyai projek pemfileman di New Orleans.

"Sebelum kami berkahwin, kami bersetuju perhubungan jarak jauh tidak akan berkesan," kata Brown.

Menurut Brown, dia berpendapat kekurangan masa bukan merupakan isunya.

"Kami akan mencari masanya untuk melakukan seks. Saya hanya teringin untuk memeluknya. Belafonte mempunyai keinginan seks yang tinggi," kata Brown.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan