Kes tuntutan fasakh Erema-Seri Bayu ditangguh 13 Oktober

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menangguhkan kes tuntutan fasakh penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26 terhadap suaminya, penulis lirik Seri Bayu, 44 ke 13 Oktober depan.

Hakim Syarie, Ghazalie Ahmad memutuskan demikian selepas peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili Seri Bayu atau nama sebenar Jamaludin Sulik (defenden) menjelaskan pihaknya baru mendapat jawapan kepada pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan balas daripada Erema (plaintif) semalam.

Peguam syarie yang mewakili Seri Bayu, memohon kepada mahkamah supaya pihaknya diberi peluang untuk menjawab tuntutan balas daripada Erema.

Mahkamah kemudian mengarahkan jawapan tersebut mestilah difailkan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh perbicaraan.

"Semalam baru terima jawapan dari Erema, jadi pihak kami tidak sempat untuk membuat jawapan... sebab itu kami pohon supaya perbicaraan ditangguhkan," kata peguam syarie Seri Bayu ketika memberi penjelasan kepada media.

Perbicaraan yang bermula pada pukul 2.56 minit petang itu hanya dihadiri oleh peguam syarie kedua-dua pihak.

Erema memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada awal Disember tahun lalu.

Pasangan ini bernikah pada 19 Disember 2006 ketika Seri Bayu menderita penyakit saraf.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan