Jay Jay: Kita perlu terima hakikat kita bukan 'perfect'

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIADA sekelumitpun perasaan marah atau kecewa di hati juri jemputan, Jay Jay walaupun "dimalukan" oleh Ajai dalam peringkat separuh akhir kedua program Mentor yang disiarkan secara langsung di MBSA, Shah Alam, kelmarin.

Jay Jay mengambil sikap terbuka dan tidak mahu lagi mengingati episod yang sudah berlalu dan tidak menyimpan apa-apa perasaan pun di dalam hatinya.

Segala-galanya bermula apabila Jay Jay cuba memberi teguran secara berhemah kepada protege Ajai, Chaq (abang Stacy) yang diberikan range yang terlalu rendah ketika menyampaikan lagu medley dari idola pujaan, Michael Jackson.

Key itu menurut pengamatan Jay Jay, sepatutnya dinaikkan sedikit. Jay Jay juga dengan rendah hati meminta maaf sebelum membuat teguran tersebut.

Malangnya Ajai tidak dapat menerima teguran profesional Jay Jay. Ajai dengan nada yang agak defensif kedengaran menjawab Jay Jay secara spontan, "...Takkan saya nak pakai baju abang..."

Menurut Jay Jay, dia hanya meluahkan komen tersebut secara profesional kerana menjalankan tugasan sebagai juri undangan program Mentor.

"Saya dijemput untuk memberikan komen . Dia (Ajai) ada pendapatnya tetapi saya hanya menjalankan tugasan sebagai juri. Jadi saya tidak rasa apa-apa.

"Tiada masalah. Ini profesion kita. Sebagai profesional, kita harus mengkritik dan bersedia dikritik... baru adil - bukan hanya tahu mengkritik dan tidak menerima kritikan" kata Jay Jay ketika dihubungi mStar semalam.

Difikirkan semasak-masaknya, Ajai mungkin cuba untuk 'mempertahankan' tindakannya memberi range rendah kepada Chaq tetapi ianya agak tidak sopan.

Bukankah terlajak perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya?

Pun begitu, Jay Jay menganggap perhubungannya dengan Ajai adalah seperti biasa dan tidak tergugat dengan insiden terbaru tersebut.

Malah, penyanyi dan komposer terkenal ini mengakui dia tidak menyimpan sekelumit dendam dan kecil hati pada sanubarinya terhadap Ajai.

Jay Jay menganggap insiden tersebut sebagai asam-garam dalam kehidupan seorang pengkritik.

"Sebagai pengkritik, kami (termasuk Ajai) selalu mengkritik. Kita sebagai manusia, tak akan kita sahaja yang betul. Saya rasa kita perlu give-and-take.

"Kita perlu terima hakikat kita bukan perfect. We're not perfect," ujar Jay Jay yang juga pelantun lagu, 'Permaisuriku', 'Layang-Layang' dan 'Ku Relakan' dalam album terbarunya, 'Emosi'.

Untuk membuktikan kritikannya adalah profesional, Jay Jay berkata, juri Ning Baizura turut memberikan komen yang sama tentang range Chaq yang terlalu rendah ketika menyampaikan lagu medley dari idola pujaan, Michael Jackson.

Jay Jay ketika dihubungi baru tiba di Langkawi untuk membuat persembahan. Bagi penyanyi yang lebih mesra dipanggil Abang Jay Jay, dia hampir terlupa insiden tersebut jika bukan diingatkan kembali menerusi pertanyaan para wartawan tentang reaksinya.

Menurutnya, ramai juga wartawan yang menghubunginya untuk tahu apa reaksinya.

Ternyata Jay Jay seorang penyanyi tersohor yang berhati mulia. Prinsip hidupnya cukup jelas, biar banyak kawan daripada banyak lawan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan