Iqram dua kali hampir putus asa jadi anak seni

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"Itu semua fitnah. Saya tidak pernah berbuat demikian. Malah, saya tidak pernah 'demand' dan minta yang bukan-bukan, kata Iqram. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

EMPAT tahun berkecimpung di dalam bidang lakonan, Iqram Dinzly akui, pernah patah semangat gara-gara tidak tahan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Tutur aktor kacak ini, dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya menjadi 'mangsa' kritikan ramai sedangkan tujuannya menceburi bidang ini adalah kerana minat yang mendalam, bukan untuk memusuhi mana-mana pihak.

Bukan sekali dua kisah negatif tentang pelakon ini diperkatakan. Iqram dikatakan sudah pandai 'demand' tentang bayaran dan pernah juga timbul cerita tentang dirinya tidak berpuas hati dengan cadangan harga oleh sebuah produksi sehingga dia dikatakan telah meninggikan suara kepada pihak tersebut.

"Itu semua fitnah. Saya tidak pernah berbuat demikian. Malah, saya tidak pernah 'demand' dan minta yang bukan-bukan.

"Cuma saya tidak nafikan, sebagai pelakon, saya perlu pertimbangkan banyak aspek, sebagai contoh sama ada tawaran itu adalah drama atau filem. Dan jika filem, saya perlu lihat juga sama ada ia adalah sekuel atau kesinambungan filem terdahulu.

"Saya rasa, saya ada hak untuk minta bayaran yang berbaloi untuk tawaran itu. Tapi saya tidak pernah pula 'demand' yang tinggi-tinggi," kata Iqram yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Puteri Aurora Beradu di Kuang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Iqram, sudah terlalu banyak kisah yang didengari tentang dirinya sehingga dia pernah berasa putus asa untuk meneruskan karier seninya ini.

"Dua kali saya pernah rasa putus asa untuk meneruskan karier dalam bidang ini. Saya tak faham...saya tidak pernah 'kacau' orang, tapi orang 'kacau' saya.

"Saya minta maaf jika selama ini ada pihak yang mungkin terasa dengan sikap atau kata-kata saya.

"Apa yang boleh saya katakan, saya dididik untuk tidak menjadi seorang yang hipokrit," tutur Iqram dalam nada perlahan.

Katanya, setiap kali dia berasa tertekan dan patah semangat dengan kisah negatif yang dilemparkan kepada dirinya, dia akan pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak untuk bertemu keluarga dan menziarahi kubur arwah kakaknya.

"Saya akan lebih tenang dapat bertemu dengan keluarga, kawan-kawan lama...dan selalunya saya akan ke kubur kakak dan menangis di situ. Itulah cara saya kuatkan diri semula.

"Dan saya bersyukur, walaupun macam-macam cerita yang kurang enak timbul dan menjejaskan reputasi, rezeki saya nampaknya masih tidak putus," ujar Iqram.

Beralih topik kepada perkembangan karier lakonannya, kata Iqram, drama bersiri lakonannya, 'Puteri Aurora Beradu' akan mula ditayangkan di TV3 dan TV9 tidak lama lagi.

Drama arahan Fairuz Loy yang diinspirasikan dari kisah Sleeping Beauty itu turut menyaksikannya bergandingan dengan pelakon-pelakon seperti Memey, Eizlan Yusof, Rozita Che Wan dan Norish Karman.

"Dalam drama ini, saya membawakan watak Hakimi, yang jatuh cinta dengan Puteri Aurora lakonan Memey. Tetapi masing-masing tidak berkesempatan meluahkan perasaan kerana Aurora sering dikawal ketat oleh tiga orang dayangnya.

"Hanya setelah Aurora berada dalam keadaan koma, barulah kami bertemu di dalam mimpi dan bercakap tentang hati dan perasaan kami," kata Iqram yang juga akan muncul di dalam cerekarama 'Novelist Babysitter' di TV3 tidak lama lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan