Hutang 400 juta dolar punca kematian Michael Jackson

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelukis dan penulis komik 'The Hulk', Stan Lee dan Pelakon Lou Ferringo bergambar ketika tayangan perdana filem itu di Los Angeles. foto-REUTERS
Pelukis dan penulis komik 'The Hulk', Stan Lee dan Pelakon Lou Ferringo bergambar ketika tayangan perdana filem itu di Los Angeles. foto-REUTERS

MENURUT pelakon yang terkenal sebagai suara latar dalam filem dan animasi 'The Incredible Hulk', Lou Ferrigno, punca kematian Michael Jackson adalah disebabkan hutangnya yang telah mencecah 400 juta dolar.

"Dia berada dalam keadaan yang sangat tertekan, saya fikir itulah yang menyebabkan kematiannya." katanya yang dipetik oleh sebuah akbar.

Pelakon dan ahli bina badan itu merupakan jurulatih Michael ketika melakukan persiapan untuk persembahan di London.

Untuk memastikan tahap kecergasan Michael adalah baik, Lou melatih Michael 3 kali seminggu di rumah sewa Michael.

Beliau juga tidak percaya dadah adalah penyebab kematian Michael kerana sepanjang melatihnya beliau memberitahu yang Michael tidak pernah mengambil apa-apa jenis dadah.

"Saya bersama-sama Michael sehingga penghujung bulan Mei dan dia kelihatan sangat sihat, saya tidak nampak ada kemungkinan dia mengunakan sebarang jenis dadah dan pergeraknya semakin baik dari hari ke hari," katanya.

Walaubagaimanapun, Lou bersetuju bahawa diet yang diamalkan Michael adalah tidak sihat.

"Dia makan sekali sahaja sehari... bila dia bangun tidur,dia tidak akan makan untuk sehari suntuk dan kebiasaanya dia hanya akan makan sayur-sayuran," katanya lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan