Mahkamah tolak permohonan Amelina ketepikan perintah lelongan

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENANGAN...Amelina ketika zaman kegemilangannya.
KENANGAN...Amelina ketika zaman kegemilangannya.

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menolak permohonan penyanyi dangdut Amelina dan suaminya Reduan Mahmood untuk mengenepikan perintah lelongan harta mereka berikutan tidak mempunyai asas yang kukuh.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid menolak permohonan dari pihak defendan (Amelina) atas alasan tidak mempunyai asas dan sebab yang kukuh serta perintah lelongan harta tersebut telah dikeluarkan lebih awal.

Proses lelongan harta pasangan Amelina-Reduan akan tetap diteruskan.

Menurut pemilik rumah K. Madhavankutty (Ravi) proses lelongan harta tersebut bagaimanapun tidak dapat dijalankan hari ini berikutan Amelina dan suaminya telah memangga pagar dan mengunci pintu rumah tersebut.

"Beberapa orang pegawai mahkamah telah pergi ke rumah tersebut untuk menjalankan proses lelongan harta mereka namun apabila tiba, pagar dan rumah tersebut bermangga dan dikunci.

"Saya dan peguam saya akan dapatkan perintah 'break entry' iaitu pecah masuk ke rumah tersebut di mahkamah dan saya akan tuntut ganti rugi dari mereka untuk yuran guaman saya kerana mereka sudah menyusahkan saya dengan melambatkan proses ini (lelongan harta), " kata Madhavankutty.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Ravi, Arnold Andrew ketika ditemubual mStar online berkata, dia akan memfailkan permohonan (perintah pecah masuk) itu esok dan paling lewat perintah itu akan diberi dalam minggu ini.

Amelina dan suami tidak hadir pada perbicaraan hari ini dan hanya diwakili peguam mereka.

Peguam yang mewakili Amelina, Hairul Nizam Omar bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan keterangan lanjut dari pihaknya.

SOROTAN KEJADIAN dan BERITA TERDAHULU

Pada 22 Jun, tiba-tiba kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pada Jun yang lepas.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mengusir Amelina dan suaminya setelah tidak membayar sewa rumah banglo lengkap berperabot tersebut selama dua bulan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan