1.6 juta berebut dapatkan tiket lihat upacara pengebumian Michael Jackson

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang peminat menandatangani satu papan iklan yang memaparkan Michael Jackson di luar Staples Center - tempat berlangsungnya upacara memperingati Raja Pop itu pada 5 Julai, 2009. - foto AFP
Seorang peminat menandatangani satu papan iklan yang memaparkan Michael Jackson di luar Staples Center - tempat berlangsungnya upacara memperingati Raja Pop itu pada 5 Julai, 2009. - foto AFP

APABILA sudah nama tersohor, ramai orang akan mengingati seseorang itu walaupun telah meninggal dunia. Bak kata pepatah Melayu: "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan namanya."

Michael Jackson ialah salah seorangnya. Walaupun mendiang Jackson sudah tidak bersama-sama kita, pengaruhnya tetap dirasai serta tarikannya tetap kuat.

Bayangkan sebanyak 1.6 juta peminat Raja Pop itu telah memohon mendapatkan tiket upacara memperingati mendiang menerusi web padahal hanya 11,000 tiket disediakan kepada orang ramai.

Upacara memperingati Michael Jackson telah dijadualkan berlangsung di arena Staples Center. Sebanyak 6,500 orang pula boleh menyaksikan secara langsung acara tersebut di sebuah teater Los Angeles.

Ekoran sambutan luar biasa daripada orang ramai, pihak penganjur bercadang untuk memilih 8,750 pemohon secara rambang. Semua tiket adalah percuma. Setiap pemohon yang berjaya akan mendapat dua tiket.

Pihak berkuasa Los Angeles mengeluarkan amaran awal bahawa mereka yang tidak mempunyai tiket akan dilarang sama sekali berada di arena pada Selasa ini.

Ini bagi mengelakkan kejadian orang ramai berempuh. Michael Jackson menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun 2009 ekoran sakit jantung.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan