'Bahtera Perubahan' di Astro Oasis

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SALURAN gaya hidup famili yang memenuhi citarasa penonton pelbagai peringkat usia, Astro Oasis (saluran 106) terus mendekati golongan sasaran dengan menyiarkan program ceramah yang mengupas dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan agama Islam; Bahtera Perubahan.

Program ceramah yang dikendalikan oleh pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia dan juga bekas mufti kerajaan negeri Perlis ini; Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin bakal menemui para penonton Astro Oasis (saluran 105) pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam selama 13 episod bermula pada 3 Julai 2009 ini.

Menurut pengurus saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Kami ingin terus menunaikan tanggungjawab kami sebagai pelopor saluran gaya hidup famili dengan menyampaikan program-program yang dapat mendidik para penonton dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah.

Berpegang kepada prinsip ini, kami meneruskan tradisi saluran untuk menyiarkan program-program yang dapat memberi kesedaran dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi pandangan serta pendapat berhubung dengan tajuk-tajuk yang dibincangkan.”

“Program ini juga dilihat begitu istimewa apabila Dr Asri bukan sahaja meyampaikan topik-topik mingguan dengan cara ceramah tetapi juga dengan beraninya membincangkan dan menyuarakan pandangan serta mencari kebenaran dengan nada yang lebih berani dan terbuka demi menjulang keagungan agama Islam,” tambah Izelan lagi.

Program 13 episod ini diterbitkan hasil dari adaptasi buku tulisan Dr Asri berjudul ‘Mengemudi Bahtera Perubahan Minda’, salah sebuah daripada 21 judul buku yang pernah ditulis oleh beliau akan menemui penonton pada setiap minggu selama 30 minit.

Program ceramah ini terbahagi kepada tiga segmen utama yang berupaya untuk menarik minat serta membuka mata dan minda masyarakat terutamanya umat Islam iaitu perbincangan tajuk, contoh-contoh kejadian dan seterusnya mengupas dan membuat kesimpulan tajuk.

Di antara topik-topik yang bakal menemui para penonton pada setiap minggu ialah seperti: 1. Ikut Fakta, Buang Taklid Buta 2. Falsafah Haji 3. Mudahkan Pendekatan Islam 4. Pencemaran Israiliyyat 5. Piawaian Ilmu Dalam Ceramah 6. Jangan Lelongkan Agama 7. Fekah Interaksi dengan Bukan Muslim 8. Islam dan Kebebasan Budaya serta Fesyen 9. Kembalikan Peranan Zakat 10. Mengapa Masjid Kita Kaku 11. Dunia Hiburan Terbabas 12. Hak Wanita: Antara Hukum Tuhan dan Perlaksanaan Insan 13. Persaudaraan Islam dan Ekonomi Umat

Jangan lupakan temujanji anda untuk menonton Bahtera Perubahan bersama Dr Asri pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam, bermula pada 3 Julai 2009, hanya di Astro Oasis (saluran 106), Inspirasi Sanubari!

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan