Percanggahan waktu bercerai, Jamal terpaksa angkat sumpah!

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KASIH SEORANG AYAH... Walaupun sudah berpisah, kasih sayang antara Jamal Abdillah dan anak tersayang, Ahmad Zaki Yamani, 2, tetap terjalin erat. -foto MSTAR oleh MOHD. FAIHAN MOHD. GHANI
KASIH SEORANG AYAH... Walaupun sudah berpisah, kasih sayang antara Jamal Abdillah dan anak tersayang, Ahmad Zaki Yamani, 2, tetap terjalin erat. -foto MSTAR oleh MOHD. FAIHAN MOHD. GHANI

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini, mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat oleh penyanyi Jamal Abdillah (defendan), 47, terhadap isterinya, Fatimatuzahra Samad (plaintif), 25, pada 15 Mei 2007, pukul 10 pagi.

Hakim Syarie, Drs Atras Mohamed Zain berkata, sebelum dia membacakan keputusan kes itu, beliau perlu memastikan waktu sebenar lafaz cerai itu.

Jelasnya, ini kerana terdapat percanggahan waktu lafaz cerai oleh plaintif dan defendan.

Drs Atras: Adakah kamu (plaintif) pasti mendengar lafaz cerai tersebut pada pukul 8 malam?

Fatimatuzahra: Pasti.

Drs Atras: Adakah kamu (defendan) pasti melafazkan cerai tersebut pada pukul 10 pagi?

Jamal: Pasti.

Drs Atras: Adakah kamu (Fatimatuzahra) setuju defendan (Jamal) melafazkan cerai tersebut pada pukul 10 pagi?

Fatimatuzahra: Tidak

Drs Atras: Pasti?

Fatimatuzahra: Pasti.

Drs Atras: Ada terdapat saksi tentang lafaz cerai pada pukul 8 malam itu?

Fatimatuzahra: Tiada.

Drs Atras: Adakah kamu (Fatimatuzahra) mahu pihak defendan (Jamal) menafikan waktu lafaz cerai itu?

Fatimatuzahra: Ya.

Drs Atras: Adakah kamu defendan (Jamal) sanggup bersumpah untuk menafikan lafaz cerai tersebut bukan berlaku pada jam lapan malam.

Jamal: Saya sanggup.

Hakim Syarie kemudian memimpin Jamal bersumpah atas nama Allah S.W.T. bahawa dia tidak melafazkan cerai talak satu kepada Fatimatuzahra pada pukul 8 malam, 15 Mei 2007.

Sumpah Jamal berbunyi: "Saya bersumpah dengan nama Allah sepanjang pengetahuan saya, saya tidak ada melafazkan cerai pada 15 Mei 2007, pukul 8 malam. "Laknat Allah akan turun kepada saya sekiranya pengakuan saya di mahkamah ini adalah tidak benar," sumpah Jamal.

Sejurus Jamal habis bersumpah, Hakim Syarie mengesahkan lafaz cerai tersebut berlaku pada 15 Mei 2007, pukul 10 pagi dan bukannya 8 malam, pada hari yang sama, berdasarkan lafaz sumpah Jamal itu.

Drs Atras membuat keputusan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Selain itu, beliau berkata, mahkamah memerintah Fatimatuzahra beredah sebanyak tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz cerai pada 15 Mei 2007.

Fatimatuzahra yang kelihatan kecewa terus meluru keluar dari dewan mahkamah sambil mengendong anaknya Ahmad Zaki Yamani, 2. Dia juga enggan ditemuramah.

Fatimatuzahra langsung tidak menoleh ke belakang walaupun anaknya asyik melambaikan tangan seperti ingin bapanya, Jamal Abdillah bermain dengannya.

Mujurlah sebelum prosiding bermula, Jamal sempat juga melepaskan rindu pada anaknya Zaki.

Fatimatuzahra sebelum ini telah memfailkan permohonan pengesahan cerai setelah mendakwa dia diceraikan oleh Jamal pada tarikh tersebut, pada jam 8 malam ketika sedang memandu.

Lafaz tersebut berbunyi "Aku ceraikan kau dengan talak satu".

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan