Diana Ross juga dinamakan sebagai penjaga anak-anak Michael

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson berduet dengan Diana Ross pada malam amal
Michael Jackson berduet dengan Diana Ross pada malam amal "A Night At The Apollo", di New York dalam foto bertarikh 24 April 2002 ini. -foto REUTERS

WASIAT akhir Michael Jackson jelas tertera nama ibunya Katherine yang diberi hak sementara untuk menjaga tiga anak-anaknya: Michael Joseph Jr.(lebih dikenali sebagai Prince Michael), 12, anak perempuan Paris Michael Katherine, 11 dan anak lelaki Prince Michael II, 7 tahun.

Menurut wasiat tersebut, seandainya sesuatu berlaku kepada Katherine yang kini berusia 80 tahun, orang yang diberi kuasa untuk menjadi penjaga rasmi anak-anaknya nanti ialah Diana Ross.

Ros dianggap sebagai ibu dan mentor Michael Jackson dan sememangnya hubungan antara mereka cukup akrab sekali.

Malah Ross yang memperkenalkan kumpulan `The Jackson 5' dalam `The Ed Sullivan Show' pada akhir 1960s dan memainkan peranan penting dalam melancarkan kerjaya mereka.

Wasiat Jackson yang berusia 7 tahun itu telah difailkan di mahkamah Los Angeles antara lain memberikan keseluruhan estetnya kepada amanah keluarga.

Ia turut menamakan ibunya, Katherine, 79 dan anak-anaknya sebagai benefisiari. Wasiat tersebut juga menganggarkan nilai semasa asetnya lebih daripada USD$500 juta.

Di Los Angeles, peguam Jackson, John Branca dan kawan keluarga John McClain, seorang eksekutif muzik dinamakan dalam wasiat sebagai wasi gandingan estetnya.

Dalam satu kenyataan, mereka berkata elemen paling utama dalam wasiat itu adalah Jackson mengkehendaki ibunya menjadi penjaga kanak-kanaknya.

Wasiat itu juga tidak menyenaraikan ayah Jackson, Joe Jackson sebagai pemegang autoriti dalam mentadbir estet peninggalan Jackson.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan