Amelina hantar surat bantahan kepada pemilik rumah

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi dangdut Amelina
Penyanyi dangdut Amelina

PROSES lelongan barangan milik penyanyi dangdut Amelina dan suaminya, Reduan Mahmood menurut perintah mahkamah akan dijalankan pada hari Isnin depan iaitu 6 Julai.

Namun hari ini pemilik rumah tersebut K. Madhavankutty (Ravi) telah menerima surat bantahan dari peguam Amelina yang dihantar kepada peguamnya, Arnold Andrew.

Surat tersebut merupakan surat bantahan terhadap proses lelongan yang akan dijalankan pada hari Isnin nanti.

Menurut Madhavankutty, peguamnya mengatakan bahawa surat tersebut tidak boleh digunakan kerana tidak mempunyai 'locus standi' ataupun asas yang kukuh untuk membuat bantahan ke atas proses lelongan yang akan dijalankan.

"Sebenarnya dia (Amelina) telah membuat kesilapan dalam surat bantahan ini kerana namanya tidak diletakkan dalam surat ini, sebaliknya nama peguamnya yang digunakan. Jadi surat ini boleh dianggap tidak berasas kerana tidak mempunyai afidavit (kenyataan bersumpah rasmi atau fakta yang ditandatangani oleh pengarang) yang sah dan alasan yang kukuh.

"Lagipun ini adalah perintah mahkamah sendiri, mereka tidak boleh membantah peintah mahkamah." jelas Madhavankutty.

Berikut adalah maklumat terbaru perkembangan kes Madhavankutty-Amelina:

- Madhavankutty telah memfailkan kes ini di mahkamah dan esok perbicaraan berkenaan surat bantahan tersebut yang mengatakan tidak munasabah untuk Ravi mengusir dan melelong harta kedua-dua pasangan ini (Amelina dan Reduan). Kes ini dikategorikan sebagai kes sivil dan perbicaraan akan dijalankan di Mahkamah Majistet Shah Alam. Waktu perbicaraan pada pukul 9.00 pagi.

- Pagar dan pintu rumah tersebut telah dimangga oleh Amelina dan Reduan.

- Pegawai Mahkamah telah menampal notis pelelongan harta Amelina dan Reduan yang terdapat di dalam rumah tersebut di dinding rumah dan sekiranya rumah tersebut masih berkunci pada tarikh lelongan, perintah mahkamah untuk menceroboh masuk rumah tersebut akan diminta.

- Hingga kini, Amelina dan Reduan masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Madhavankutty.

- Madhavankutty akan memfailkan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan Reduan telah memberi maklumat palsu dalam 'Tenancy Agreement' yang telah ditandatangani kedua-dua pihak. Dalam dokumen tersebut nama Amelina, Norazlina binti Amir Sharipuddin telah ditukar manjadi 'Norazlina binti Tan Sri Amir Sharipuddin'.

- Amelina dan suami serta anak-anak mereka tidak lagi tinggal di rumah tersebut tetapi rumah tersebut telah dikunci oleh Amelina.

Sebelum ini kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh dan berlaku sedikit 'drama' apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pada Jun yang lepas.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Amelina dan suaminya telah menyewa rumah banglo berkembar yang lengkap dengan perabot dengan sewa RM2,700 sebulan di Kota Kemuning, Shah Alam.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan