Quincy Jones tidak akan hadiri pengebumian Jacko

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Quincy Jones tidak akan hadir ke pengebumian Michael Jackson kerana takut tidak dapat menahan kesedihan. - foto AP
Quincy Jones tidak akan hadir ke pengebumian Michael Jackson kerana takut tidak dapat menahan kesedihan. - foto AP

QUINCY Jones telah berjanji tidak akan menghadiri pengebumian Michael Jackson, kerana dia begitu pasti yang dirinya tidak akan dapat menahan kesedihan.

Pengeluar muzik legenda ini yang merupakan tunjang kepada kejayaan 'Raja pop' ini yang telah menghasilkan album-album 'hits' Michael seperti 'Thriller', 'Off The Wall', dan 'Bad' masih dalam bersedih dengan berita kematian mengejut rakannya itu.

Akur dengan kematian Micheal, Jones berkata, "Saya telah kehilangan adik lelaki saya hari ini dan sebahagian jiwa saya telah pergi bersama dia."

Pengeluar album ini menolak untuk pergi ke majlis pengebumian Michael kerana dia takut tidak berupaya untuk menahan kesedihan.

"Saya tidak akan pergi ke mana-mana majlis pengebumian selagi saya hidup. Saya tidak mampu menangani kesedihan saya," jelas Jones kepada satu sumber.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan