Linda Jasmine idam 'Chee Cheong Fun' tengah malam

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Que Haidar memeluk perut isterinya, Linda Jasmine. -foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
Que Haidar memeluk perut isterinya, Linda Jasmine. -foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

SEPERTI ibu-ibu mengandung yang mengidam sesuatu makanan, Linda Jasmine turut tidak terkecuali. Tiada apa yang membezakan pelakon wanita jelita ini dengan lain-lain ibu yang mengandung kerana mengidam adalah perkara lazim bagi ibu-ibu yang mengandung.

Makanan yang diminta Linda daripada suami tercintanya, Que Haidar sebenarnya adalah sejenis sarapan pagi, 'Chee Cheong Fun'(makanan Cina) yang biasa dijual di pasar.

Yang jadi masalahnya apabila Linda mengidamkan makan Chee Cheong Fun pada waktu tengah malam.

"Tiba-tiba saya mengidamkan makanan Chee Cheong Fun. Suami saya menelefon kawan-kawannya dan emaknya untuk menanya apa sebenarnya jenis makanan tersebut.

"Kemudian, kesian suami saya terpaksa memandu kereta ke KLCC pada waktu malam semata-mata untuk mendapatkannya selepas rakannya beritahu makanan tersebut ada dijual d KLCC," kata Linda sambil tergelak.

Linda Jasmine dan Que Haidar ditemui ketika hadir di Malam Sambutan Anugerah Bintang Popular 2008 di mana kira-kira 100 artis diraikan di Restoran Bossa Nova, Hotel Parkroyal baru-baru ini.

Linda yang kini sedang mengandung empat bulan berkata, dia tidak muntah-muntah lagi berbanding pada tempoh tiga bulan pertama mengandung.

"Ketika tiga bulan pertama, saya asyik muntah-muntah dan selesa berbaring sahaja. Lepas fasa itu, saya dah tak muntah-muntah lagi," katanya.

Tambah Linda, dia juga merasa lain apabila mengandung lagi kali ini biarpun pernah mengandung sembilan tahun dulu.

"Biarpun saya dah ada pengalaman mengandung sembilan tahun dahulu tetapi menurut apa yang doktor beritahu saya badan saya pada mulanya tidak biasa sebab mengejut jadi sebab itu saya lemah-lemah pada awalnya," jelas pelakon jelita ini.

Menurut Linda juga, anak lelakinya Qalif Khan, 9, pada awalnya tidak mahu menerima kehadiran adik barunya tetapi secara tiba-tiba anaknya itu mahukan adik pula tetapi dia mahukan adik lelaki.

"Qalif pada mulanya tidak mahu dapat adik, tapi lama-kelamaan selepas itu dia sendiri tiba-tiba mahu adik tetapi inginkan adik lelaki.

"Sayangnya selepas diperiksa, bayi dalam kandungan saya ini bayi perempuan dan Qalif dapat menerimanya. Sekarangpun dia selalu peluk perut saya dan bercakap-cakap dengan perut saya seolah-olah dia dah boleh terima." jelas Linda.

Bagi Que Haidar pula, dia merasakan menjaga isteri yang mengandung bukan perkara mudah kerana perlu berdepan dengan berbagai-bagai perkara pelik.

"Susah nak jaga isteri mengandung ni sebab macam-macam perkara pelik dia buat, tetapi 'interesting' bagi saya sebab saya dapat jumpa orang baru, karakter baru yang lain dari Linda yang sebenarnya.

"Saya juga seronok dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan segala-galanya kepada saya. Apa saya nak semua dapat,saya nak kahwin dah kahwin, nak anak pun dah dapat." jelas Que.

Pasangan Que-Linda juga telah membuat persiapan awal membeli barang-barang bayi kerana kedua-dua mereka sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

"Memang orang-orang tua kata tidak elok beli barang-barang bayi ini terlalu awal, tetapi kami tidak dapat tahan keinginan kami untuk menimang cahaya mata dan kami pun buat persiapan awal. Semua barang-barang ini kami simpan dalam almari." ujar Que.

Kedua-dua mereka telah diijabkabulkan pada Hari Kekasih iaitu 14 Februari lalu di Bora Ombak, Ampang dan majlis perkahwinan mereka telah menerima sumbangan daripada Jakel, Habib Jewels, Jeslina Hashim selaku perunding perkahwinan daripada Polkadotted Creative Solution.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan