Jackson rayu dapatkan ubat Diprivan atasi insomnianya

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Foto bertarikh 27 Oktober, 2003 ini menunjukkan Michael Jackson berterima kasih kepada para hadirin Radio Music Awards di Hotel Aladdin, Las Vegas. - foto AP
Foto bertarikh 27 Oktober, 2003 ini menunjukkan Michael Jackson berterima kasih kepada para hadirin Radio Music Awards di Hotel Aladdin, Las Vegas. - foto AP

MICHAEL Jackson menjadi tidak keruan baru-baru ini ekoran kekerapan insomnia yang melanda dirinya dalam beberapa bulan terdekat.

Sehubungan itu, Jackson telah merayu doktor memberikan sedatif yang lebih kuat walaupun diberi amaran oleh doktor tindakannya itu akan membahayakan kesihatannya.

Seorang jururawat berdaftar, Cherily Lee yang mahir dalam kaunseling nutrisi berkata, dia telah berulang kali tidak melayan permintaan Jackson untuk mendapatkan dadah, Diprivan.

Lee bekerja dengan Jackson untuk memastikan Raja Pop itu bersedia untuk siri konsertnya.

Bagaimanapun, Lee berkata, dia mengesyaki Jackson tetap berjaya memperolehi Diprivan menerusi satu panggilan kecemasan yang diterima dari Jackson empat hari sebelum kematiannya.

Ketika itu, Lee yang berada di Floria pada 21 Jun lalu dihubungi oleh staf Jackson.

"Dia memanggil dan suaranya kegila-gilaan berkata, 'Michael perlu berjumpa dengan anda sekarang.' Saya berkata,'Apa yang berlaku? Dan saya boleh mendengar suara Michael sayup-sayup....

" 'Sebelah badan saya panas, panas dan sebelah badan saya sejuk. Ia sangat sejuk'," kata Lee.

" 'Lantas saya memberitahu,'Beritahu dia perlu pergi ke hospital sekarang juga. Saya tidak tahu apa yang berlaku, tetapi dia perlu pergi sekarang juga."

"Pada masa itu, saya sedar seseorang telah memberinya dadah yang menyerang sistem saraf tunjangnya," tambah Lee.

Kata Lee, Jackson menghadapi masalah pada hari Ahad dan dia menjerit kesakitan.

Jackson tidak pergi ke hospital. Dia menghembus nafas terakhir selepas serangan sakit jantung, kata ahli-ahli keluarganya.

Bedah siasat dilakukan tetapi hasil keputusannya hanya diketahui beberapa minggu kemudian.

Ekoran kematian Jackson, dakwaan muncul bahawa Raja Pop itu telah makan ubat penahan sakit, sedatif dan anti-kemurungan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan