Datuk L. Krishnan dianugerah Doktor Kehormat Universiti Russia

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk L. Krishnan bersama rakan-rakan seperjuangannya dalam industri seni. Dari kiri: Mariani Ismail, Salmah Ahmad, Datuk Mustapha Maarof, Tan Sri Jins Samsudin, Kuswadinata dan Datuk Aziz Satar mengucapkan tahniah kepadanya. -foto Bernama
Datuk L. Krishnan bersama rakan-rakan seperjuangannya dalam industri seni. Dari kiri: Mariani Ismail, Salmah Ahmad, Datuk Mustapha Maarof, Tan Sri Jins Samsudin, Kuswadinata dan Datuk Aziz Satar mengucapkan tahniah kepadanya. -foto Bernama

PETALING JAYA: Datuk L.Krishnan, salah seorang perintis unggul industri filem Melayu semalam dianugerah Doktor Falsafah Kehormat oleh Kursk State Technical University, Russia kerana sumbangan beliau terhadap pembangunan industri filem di Malaysia dan Singapura.

Pengusaha filem Melayu legenda berusia 87 tahun itu menerima anugerah tersebut di sini daripada Prof Dr Ian Mackaine, wakil universiti berkenaan sebagai mengiktiraf hasil kerja cemerlang dan sumbangan gemilang beliau dalam pembangunan filem.

Prof Mackaine dalam kenyataan penghargaan berkata Krishnan telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan industri filem Malaysia.

Beliau bertanggungjawab dalam penubuhan syarikat perfileman komersial Malaysia pertama Gaya Filem pada 1970, dan membuka studio rakaman 16trek, satu-satunya makmal proses filem swasta Malaysia yang masih menyediakan kemudahan untuk seluruh industri filem di Malaysia.

Krishnan turut memain peranan dalam mengemukakan cadangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Menteri Perdagangan dan Industri, pada 1981 bagi penubuhan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas). Pada 1972, beliau mencadangkan peraturan 'Made in Malaysia' kepada Tan Sri Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Penerangan.

Prof Mackaine berkata, Krishnan juga terlibat dalam kerja-kerja amal untuk kira-kira 10 organisasi termasuk Akademi Filem Malaysia, Persatuan Orang-orang Buta Malaysia, Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn, Media Alert Foundation of Malaysia, Persatuan Penerbit Filem Malaysia, dan Discharged Prisoners Aid Society.

Krishnan yang bersara dari kerjaya pengarahan filem pada 1977 kini menumpukan usaha dalam bisnes dan aktiviti sosial. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan