Aksi santai 'Cili Padi Queen' Khadijah Ibrahim di dapur

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi kesayangan ramai ini bakal menemui para penonton dalam rancangan 'Resepi nikmat kehidupan bersama Khadijah Ibrahim' yang akan ke udara mulai 13 Julai - 6 Ogos pada jam 4.23 - 4.28 petang di TV3. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Penyanyi kesayangan ramai ini bakal menemui para penonton dalam rancangan 'Resepi nikmat kehidupan bersama Khadijah Ibrahim' yang akan ke udara mulai 13 Julai - 6 Ogos pada jam 4.23 - 4.28 petang di TV3. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

MEMBERI tugasan menyediakan makanan kepada penyanyi tersohor tanahair kita Dato' Khadijah Ibrahim seperti sireh pulang ke gagang. Penyanyi bersuara lunak merdu ini yang mampu memukau siapa sahaja yang mendengarnya dan lebih mesra dengan panggilan Khaty ini, adalah orang yang paling rajin ke dapur.

Sementelah, dia juga mempunyai restorannya sendiri yang diberi nama 'Khaty's Kitchen' di Seksyen 11, Petaling Jaya.

Namun penyanyi ini bukan sahaja hebat di pentas seni, malah juga hebat di dapur dengan masakan-masakan yang mampu mencuri selera kita.

Penyanyi kesayangan ramai ini bakal menemui para penonton dalam rancangan 'Resepi nikmat kehidupan bersama Khadijah Ibrahim' yang akan ke udara mulai 13 Julai - 6 Ogos pada jam 4.23 - 4.28 petang di TV3.

Penyanyi akan mengacarakan program masakan selama 5 minit tersebut dengan menampilkan berbagai-bagai menu masakan dengan caranya sendiri.

"Semua masakan yang akan disediakan nanti saya buat dengan cara saya sendiri yang mana cara saya lebih kepada cara kampung. Selera saya lebih pada cili padi sebab tu kawan-kawan panggil saya 'cili padi queen'." jelasnya sambil ketawa.

Menurut Khaty juga setiap masakan yang akan dia sediakan, perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu dengan Chef Muluk yang merupakan Maggi Eksekutif Chef.

"Saya akan berbincang terlebih dahulu dengan Chef Muluk supaya kami dapat berkongsi idea dan pendapat berkenaan masakan yang hendak disediakan. Apa yang penting bagi saya adalah saya ingin beri yang terbaik kepada para penonton." kata penyanyi yang telah berkecimpung dalam industri hiburan selama 30 tahun ini.

Ditanya berkenaan artis-artis jemputan yang akan bersamanya di dalam program tersebut nanti, beliau menyatakan kesemua artis tersebut dipilih oleh dirinya sendiri.

"Kesemua mereka dipilih oleh saya, mereka kawan-kawan saya yang sudah biasa makan masakan saya. Contohnya Jay Jay, kami telah berkawan lama, diapun dah makan macam-macam masakan saya jadi tidak akan jadi masalah buat dia dan kawan-kawan yang lain untuk bersama saya dalam rancangan ini." kata Dato' Khadijah Ibrahim.

Khaty juga menyatakan yang dia berasa seronok diberi peluang untuk mengacarakan program ini kerana ini adalah kali kedua dia mengacarakan program sebegini.

"Saya rasa seronok sangat dapat mengendalikan rancangan ini, ia merupakan rancangan yang sangat menarik kerana saya diberi kebebasan untuk mengendalikannya dengan cara saya sendiri, masak dengan cara saya sendiri macam cara orang Melayu.

"Saya nak bila penonton tengok rancangan ini nanti, mereka akan tengok apa yang saya masak tu macam senang untuk mereka masak jugak. Apa yang paling menarik, penonton nanti akan dapat melihat saya dan artis jemputan menyanyi secara spontan sambil memasak." tambahnya lagi.

Ditanya mengenai harapannya kepada program ini, Dato' Khadijah Ibrahim berharap program ini dapat diteruskan berpanjangan dan bersedia untuk mengacarakan lagi rancangan ini.

"Harapan saya nak rancangan ni diteruskan berpanjangan, Insya-allah ia akan diteruskan itu pun kalau rating dari penonton tinggi kalau tak tinggi macam mana nak teruskan. Apa-apapun saya 'ready for 10 years more if possible'." ujar penyanyi ini.

Ditanya berkenaan album dan bidang nyanyian, Khaty mengatakan dia masih lagi aktif menyanyi dan akan membuat persembahan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 8 Julai ini dan album kompilasi duetnya bersama artis-artis seperti Ramli Sarip dan ramai lagi akan dikeluarkan oleh Warner Music tidak lama lagi.

Dato' Khadijah Ibrahim juga dalam perancangan untuk mengadakan konsert bersama Philharmonic Orchestra tetapi belum diketahui bila.

Kepada peminat-peminat Dato' Khadijah Ibrahim jangan lupa untuk menyaksikan rancangan 'Resipi nikmat kehidupan bersama Khadijah Ibrahim' ini mulai 13 Julai - 6 Ogos ini pada jam 4.23 - 4.28 petang di TV3.

Dato' Khadijah juga memiliki restorannya sendiri yang diberi nama 'Khadijah Kitchen' beralamat di No.21, Jalan 11/2, Jalan Bukit, Petaling Jaya.

Menu di restoran ini mempunyai berbagai jenis makanan masakan Malaysia seperti Masak Lemak Ikan Parang, Masak Lemak Ikan Talang dengan Nenas, Sotong Masak Hitam, Sambal Udang Tempoyak dengan Daun Kunyit, Bayam Goreng dengan Tauhu Kering dan beberapa menu lain lagi.

Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan