Jamal: Orang anggap saya tidak berguna tapi saya mampu berusaha dan 'berdiri'

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamal masih menanti penaja untuk membantu 'Konsert Jamal Kembara Seniman'. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Jamal masih menanti penaja untuk membantu 'Konsert Jamal Kembara Seniman'. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

DI kala diri penyanyi Jamal Abdillah sedang sibuk mengadakan ‘Konsert Jamal Kembara Seniman’ yang bakal dipentaskan di Istana Budaya awal Ogos ini, namanya juga hebat digembar-gemburkan dalam kes mahkamah yang sedang dibicarakan sekarang.

Jamal, 50, sedang menunggu proses perbicaraan pengesahan kes cerai dengan isterinya, Fatimatuzahra Samat, yang sedang dibicarakan di Mahkamah Rendah Shah Alam termasuk kes ugut isterinya itu di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Perbicaraan kes cerainya akan bersambung pada 3 Julai ini sementara kes ugut isterinya pula dibawa ke 28 Julai depan.

Walaupun pahit untuk ditelan, penyanyi, komposer dan pelakon ini tetap meneruskan cita-citanya untuk melakukan konsert yang pertama kali dianjurkan oleh syarikatnya, Bintang Channel Sdn Bhd dengan sokongan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Utusan) dan Istana Budaya.

“Kes mahkamah tidak mengganggu saya untuk melakukan konsert ini kerana ia merupakan suatu proses kehidupan manusia,” kata pelantun lagu ‘Tak Hilang Cinta’ ini.

Jamal turut enggan mengulas mengenai sebab dia tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Majistret bagi kes ugut isterinya pada 10 Jun lalu.

“Saya tidak mempunyai apa-apa komen tentang itu,” ulasnya ringkas walaupun peguamnya, Datuk Mohd. Taqiyuddin Yahya memaklumkan dirinya sakit ketika itu.

Tinggalkan sementara tentang kes mahkamah yang mencalit kesan negatif dalam diri Jamal tetapi apa yang lebih penting dalam dirinya sekarang adalah mencari pihak penaja untuk menjayakan konsertnya yang bakal berlangsung pada 5 hingga 9 Ogos depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Dalam sidang media semalam, Jamal berkata dia berharap semoga ada penaja yang sudi menjayakan ‘Konsert Jamal Kembara Seniman’ yang sehingga kini masih belum mendapat perhatian mana-mana pihak.

“Saya dah berusaha untuk dapatkan penaja untuk membiayai kos konsert tapi sehingga hari ini saya belum dapat apa-apa impak.

“Saya berharap semoga ada penaja yang ingin menaja konsert ini,” luah Jamal yang turut berasa terharu kerana diberi peluang oleh Istana Budaya untuk menjayakan projek pertamanya itu.

Konsert muzikal itu akan diolah dengan penceritaan mengikut beberapa segmen yang disampaikan menerusi lagu-lagu popularnya dan lakonan semula perjalanan hidupnya sejak lahir sehingga dia menceburi bidang seni.

Kisah sebalik tabir dirinya akan didedahkan, termasuklah kisah dia selalu menangis selepas lahir dulu, pergaduhannya dengan komposer Datuk Ahmad Nawab dan penangan filem Azura.

Antara lagu yang akan dipersembahkan dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi ini ialah Senandung Semalam, Azura, Sandarkan Pada Kenangan, Seniman Menangis, Jeritan Batin dan Suratan Nasib.

Kata Jamal, “Saya berasa terharu dan gementar sebab konsert ini merupakan usaha dan projek pertama saya dalam dunia hiburan.

“Sekarang, baru saya tahu begitu sukarnya untuk menganjurkan program dengan belanja yang begitu banyak.”

Jamal juga meluahkan yang dia sangat beremosi lebih-lebih lagi buat pertama kalinya dia akan membuat suatu persembahan yang mungkin tidak diketahui oleh orang lain.

“Saya akan persembahkan apa yang orang tak tahu tentang saya dan apa yang saya nak luahkan itu bukan sahaja meruntun emosi.

“Saya berasa begitu beremosi sebab ini projek pertama dan orang menganggap saya orang yang tidak berguna. Tetapi saya masih mampu berusaha,” kata pelakon filem ‘Ghazal Untuk Rabiah’ ini.

Menjawab tentang perasaannya apabila konsert bercorak teater muzikal itu tidak mendapat tajaan memandangkan ia julung kali diadakan, Jamal berkata:

“Mungkin saya buat perkara yang orang tak suka.. sebab saya dah banyak buat perkara kontroversi dan mereka tak nak tanggung risiko.”

Namun begitu, semangatnya tidak pernah pudar untuk meneruskan cita-citanya itu kerana jelas Jamal, dia ingin membuktikan kepada semua yang Jamal Abdillah mampu ‘berdiri’ walaupun tanpa penaja-penaja.

“Tanpa pelawaan Abang Joe (Mohamed Juhari), saya takkan berada di sini lagi kerana dari segi pembayaran dan insentif yang diberikan serta mengikut modal, habislah simpanan saya.

“Walaupun banyak perkara negatif yang saya buat, tetapi saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk membuat konsert ini,” tuturnya ketika majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Utusan dengan Istana Budaya dan Bintang Channel di Istana Budaya, semalam.

Majlis tersebut menyaksikan Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengarang Hiburan, Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa menandatangani perjanjian bagi pihak Utusan, manakala Istana Budaya diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Mohamed Juhari Shaarani dan Bintang Channel Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusannya, Jamal Abdillah.

Melalui kerjasama ini, Utusan selaku rakan media melalui akhbar Utusan Malaysia akan menyokong penganjuran konsert dengan memberi publisiti meluas sebelum dan selepas acara berlangsung.

Sebelum ini, Utusan pernah bekerjasama dengan Istana Budaya dalam menganjurkan 'Konsert Black Dog Bone', 'Puisi Gaza khas untuk Palestin' dan 'Malam Puisi Utusan'.

Berbalik kepada ‘Konsert Jamal Kembara Seniman’, Jamal berkata sehingga kini sudah lebih 300 tiket yang sudah terjual.

Dapatkan tiket berharga RM75, RM100, RM150, RM250 dan RM300 dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41498600.

Diskaun 10 peratus akan diberikan kepada Orang Kurang Upaya yang membeli tiket berharga RM150, RM200 dan RM300.

Sementara itu, sesiapa yang membeli tiket berharga RM200 akan mendapat percuma sebuah CD album terbaru Jamal terhad kepada 500 keping sahaja.

Bagi tiket premier RM300 pula akan mendapat percuma CD album terbaru dan eksklusif bersama Jamal.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan