Malam peringati MJ di BET Awards bertukar jadi hening

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi Ciara menyanyikan lagu 'Heal the World' nyanyian Michael Jackson. -foto Reuters
Penyanyi Ciara menyanyikan lagu 'Heal the World' nyanyian Michael Jackson. -foto Reuters

KEUNGGULAN legasi yang ditinggalkan oleh Michael Jackson terlalu sukar dilupakan. Untuk itu, Michael yang meninggal dunia secara mengejut Khamis lepas telah diberi penghargaan khas di BET Awards 2009 yang diadakan di Shrine Auditorium, Los Angeles Ahad lepas.

Ayah Michael, Joe Jackson, yang terkenal dengan sikap disiplin dan ketegasannya, telah menyifatkan anaknya sebagai "bintang terhebat di dunia ini. Alangkah bagusnya jika dia berada di sini sekarang." Kesyahduan majlis yang memberi tribut khas kepada Michael Jackson begitu terasa apabila kawan-kawan selebriti membuat ucapan penghargaan dan sanjungan kepadanya.

Hos Terrence J. dan Rocsi pula membuat keheningan suasana lebih terasa apabila bertanyakan tetamu yang hadir apakah lagu Michael yang menjadi kegemaran mereka.

Pendek kata, semua yang hadir di majlis itu bergenang airmata dan menangis mengenangkan pemergian idola kesayangan ramai, Michael Jackson.

Antara yang tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih mereka ialah Ne-Yo, Jay Z, Beyonce, Queen Latifah, Estelle, Lil Wayne, Snoop Dogg, Travis Barker, Taraji P.Henson dan Soulja Boy.

Selebriti terkenal Jamie Foxx telah memulakan acara dengan mempersembahkan koreografi 'Beat It' persis Michael Jackson siap dengan tarian 'signature' Moon Walk dan memakai jaket merah dan sarung tangan putih bersekuin di sebelah tangan.

Jamie berkata, "Bukan senang melakukan moon walk tetapi bila MJ melakukan ianya nampak mudah saja."

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan