Joe Jackson tidak puas hati alasan kematian Michael

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joe Jackson. -foto Reuters
Joe Jackson. -foto Reuters

AYAH Michael Jackson, Joe Jackson yang terkenal dengan sifat disiplin dan tegasnya masih dalam kesugulan meratapi pemergian Michael Jackson.

Ketika ditemui di acara BET Awards 2009 baru-baru ini, ditanya bagaimana perasaannya sekarang, dengan selamba dia berkata, "Terlalu banyak di dalam fikiran saya. Tapi saya tidak suka apa yang berlaku sekarang (ditujukan kepada punca kematian anaknya)."

Keluarga Jackson juga kini serba salah untuk menimbangkan mana satu tawaran bagi konsert memperingati Michael Jackson.

Sejak kematian Michael Khamis lalu, terlalu banyak tawaran yang diterima dari promoter untuk membuat konsert tribut.

Menurut sumber terdekat keluarga Jackson, semuanya sedang dalam perbincangan dan tiada lagi yang konkrit.

Yang pasti, kematian mengejut Michael Jackson membuat semua ahli keluarganya buntu dan dalam kesedihan yang amat sangat.

Janet dan adik-beradiknya buntu untuk memilih tawaran.

Sebelum ini, mereka pernah menyuarakan keinginan kepada Michael untuk buat satu konsert 'reunion.'

Namun, hingga saat akhir, khabarnya Michael telah memintas dan ingin melakukan konsert itu secara solo dan telah membuat satu perjanjian untuk tujuan itu di London. Kini, bila Michael Jackson sudah tiada, banyak pula tawaran untuk membuat konsert tribut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan