'Kala Hati' temui penonton dalam slot Samarinda

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dynas (Rina)
Dynas (Rina)

SLOT Samarinda yang dipopularkan oleh TV3 menyajikan sebuah lagi drama terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd berjudul ‘Kala Hati’.

Drama bersiri 25 episod ini menemui peminat setianya bermulai 30 Jun 2009, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

Siri ini mendapat sentuhan dari pengarah Harris Fadhilah yang sebelum ini lebih sinonim dengan arahan drama berbentuk telemovie dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Ini merupakan hasil kerja kedua Harris yang disiarkan oleh TV3 dan ianya berkisarkan konflik keluarga, percintaan dan persahabatan.

Siri ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan seperti drama-drama yang pernah ditayangkan di slot Samarinda sebelum ini.

Bagi mereka yang merindui Dynas, nantikan kemunculannya semula setelah mendirikan rumah tangga.

Dynas memegang watak Rina bergandingan dengan Ady Putra yang memegang watak Faizal.

Kedua-dua watak ini merupakan tunggak utama drama ini yang menjadikan drama ini sangat menarik.

Turut sama membintangi drama hebat ini ialah Jue Aziz (Nur Jannah), Fouziah Gous (Zizie), Rahim Jalani (Datuk Sufian), Aida Razwil (Datin Kalsom), Ahmad Tarmimi Siregar (Datuk Megat), Fadilah Mansor (Datin Zaidah), Steven Yap (KC Wong) dan Puspa Narayanan (Kavita).

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, “Samarinda merupakan antara slot yang sentiasa mendapat rating yang tinggi sehingga mencecah lebih 2 juta.

"Kami cuba memberikan yang terbaik kepada penonton kami terutama penggemar-penggemar slot ini. Untuk itu, kami telah memilih siri ‘Kala Hati’ untuk mengisi slot ini kerana ianya menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga," kata Nurul Aini.

Nurul Aini berkata, "Watak utama yang dilakonkan oleh Ady Putra dan Dynas semestinya memberikan impak yang sangat berkesan disamping diperkuatkan lagi oleh pelakon-pelakon yang tidak boleh disangkal lagi kehebatannya menambahkan lagi perisa di dalam kisah ‘Kala Hati’ ini.”

Drama ini mengisahkan Faizal seorang pemuda yang kacak dan baru kembali setelah menamatkan pengajiannya di Amerika.

Dia merupakan anak angkat kepada Datuk Sufian dan Datin Kalsom yang sudah tiga tahu tidak pulang ke Malaysia.

Namun demikian, adik angkatnya, Zizie masih tidak dapat menerima kehadiran Faizal sebagai abang angkatnya.

Isteri Datuk Sufian, Datin Kalsom juga tidak begitu menyenangi kepulangan Faizal.

Faizal memang sedar yang Datin Kalsom tidak sukakan dirinya sejak dari dulu lagi.

Dia diambil sebagai anak angkat ketika berusia lapan tahun kerana waktu itu Datin Kalsom gagal untuk mendapatkan anak.

Datin Kalsom pula terpaksa bersetuju dengan cadangan Datuk Sufian untuk mengambil anak angkat untuk menyelamatkan rumahtangganya.

Bagi Datin Kalsom kasih sayang dan kemanjaan Datuk Sufian terhadapnya amat berlebihan. Sejak kecil, Datuk Sufian amat menyayangi Faizal.

Faizal pula sedar akan dirinya dan dia telah belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke luar negara dengan biasiswa sendiri.

Kepulangan Faizal cukup menggembirakan Datuk Sufian tetapi tidak bagi Datin Kalsom. Begitu juga adiknya, Zizie yang tidak langsung menegurnya.

Jadi Faizal hanya dilayan baik oleh Mak Som, orang gaji yang amat memahaminya. Lebih menyedihkan, Datin Kalsom masih mengungkit Faizal tetap bukan darah daging mereka.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Datuk Sufian melantik Faizal mengendalikan syarikatnya, Tanjak Holdings yang mana tidak dipersetujui oleh isterinya.

Datin Kalsom beranggapan Faizal ingin membolot harta mereka. Dalam pada itu, kelakuan Zizie menjadi tidak terkawal dan semakin liar.

Untuk mengeratkan perhubungan, Faizal ditunangkan dengan Rina, anak Datuk Megat.

Faizal digesa berkahwin oleh Datin Kalsom supaya dia tidak akan membolot harta mereka memandangkan Datuk Megat juga seorang yang kaya, namun Faizal belum bersedia dan ingin menumpukan kepada perniagaan.

Rina merupakan seorang anak yang terlalu dimanjakan, suka bergembira dan berkaraoke hingga larut malam bersama kawan-kawannya sehingga dia lupa asal-usulnya.

Datuk Sufian pula tetap berpendirian bahawa Faizal sudah pasti dapat membimbing Rina sebagai seorang isteri.

Keadaan mula bertambah rumit apabila sedikit demi sedikit, Faizal jatuh cinta dengan setiausahanya, Nur Jannah.

Apakah yang terjadi selanjutnya? Dapatkah Faizal dan Rina disatukan dan bagaimanakah cinta Faizal terhadap Nur jannah? Dimanakah pengakhiran kisah cinta ini?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan siri ‘Kala Hati’ ini, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam di slot Samarinda, hanya di TV3!

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan