Cerita cinta Rossa memukau!

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rossa bersama penari-penarinya di awal konsert
Rossa bersama penari-penarinya di awal konsert

DURASI konsert yang memakan masa hampir dua jam itu memang tidak dirasai.

Nampaknya, penyanyi genit dari Indonesia ini berjaya membuatkan lebih 2,000 penonton terleka dibuai dengan keasyikan rangkaian lagu-lagu cinta yang dipersembahkan olehnya pada Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Apa saja kisah cinta - putus cinta mahupun keindahan bercinta; semuanya disampaikan oleh Rossa dengan penceritaan yang cukup menarik menerusi hampir 20 buah lagu popularnya sepanjang 12 tahun bergelar penyanyi.

Ditambah pula dengan interaksi mesra Rossa bersama peminat serta keletah 'comel' penyanyi berusia 31 tahun ini ketika di pentas, ternyata konsert penyanyi yang sememangnya sudah sinonim dengan lagu-lagu berkisarkan cinta ini amat memukau!

Apa yang pasti, bersama pemuzik-pemuzik, penyanyi latar dan penari yang dibawanya bersama dari Indonesia, Rossa sendiri mungkin mampu tersenyum kepuasan sebaik konsert itu berakhir, apatah lagi bila melihat respon 'luar biasa' penonton-penonton terhadap hampir semua lagu yang disampaikan oleh Rossa.

Konsert percuma anjuran Hotlink ini dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh band tempatan, Sofaz, sebelum Rossa mengambil alih pentas sekitar pukul 9 malam.

Menghiburkan penonton-penonton dengan beberapa buah lagu popularnya seperti Terlalu Cinta, Aku Bukan Untukmu, Hati Yang Terpilih dan Nada-Nada Cinta, Rossa turut 'sporting' berkongsi pengalaman kisah cintanya sehingga terhasilnya lagu Hati Yang Terpilih, ciptaan Melly Goeslaw.

"Sekitar tahun 2000, saya berpacaran dengan seorang teman selama lima tahun. Dia bukan Yoyo (suami Rossa).

"Kami kemudiannya putus cinta. Lepas itu, saya minta Melly menghasilkan lagu tentang perasaan saya dan lagu tersebut kemudiannya popular.

"Selepas itu saya cuba hubungi semula dia dan bertanyakan sama ada dia sudah mendengar lagu itu di radio. Dia cakap sudah...kemudian saya terdengar pula suara seorang wanita memanggilnya.

"Dan terus saya tidak lagi menghubunginya selepas itu," cerita Rossa, sambil disambut gelak tawa penonton.

Rossa kemudiannya menyampaikan lagu Tegar yang telah berjaya melonjakkan namanya di persada muzik Indonesia dan Malaysia, sebelum 'mengenakan' tiga orang peminat yang dipilih untuk bersama dengannya di pentas.

Penyanyi ini terus menghangatkan konsert dengan lagu-lagu seperti Cerita Cinta, Tega dan Hati Yang Kau Sakiti.

Emosi mendalam yang dipamerkan oleh Rossa menerusi lagu Hati Yang Kau Sakiti cukup terasa apatah lagi penyanyi ini dilihat gagal menahan sebak dan mengalirkan airmata di penghujung lagu tersebut.

Ramai yang merasakan Rossa mungkin tersentuh dengan bait-bait lagu itu, apatah lagi dengan situasi kemelut rumahtangganya yang mana Rossa sendiri telah akui baru-baru ini bahawa dia dan suaminya, Yoyo yang merupakan pemain drum kumpulan Padi, tidak lagi tinggal sebumbung sejak setahun lalu, walaupun mereka kini belum bercerai.

Namun, Rossa bijak 'menukar' suasana cukup emosi itu dengan beraksi spontan meminta tisu daripada penonton dan meneruskan persembahan dengan sebuah lagu rancaknya yang kini semakin popular di negara ini, Hey Ladies.

Apa yang pasti, segmen persembahan Rossa kemudiannya yang menampilkan vokalis kumpulan ungu, Pasha, berduet dengannya menerusi lagu Tercipta Untukku dan Terlanjur Cinta nyata menggamatkan suasana!

Pasha yang hadir di Kuala Lumpur semata-mata untuk menyerikan konsert tersebut dilihat cukup 'romantis' bersama Rossa di pentas. Pasha dan Rossa sebelum ini pernah 'diusik' oleh media gara-gara keserasian yang dipamerkan menerusi lagu duet mereka, Terlanjur Cinta itu.

Dan memang jika melihat kemesraan mereka di pentas, ramai yang pasti akan mengagak seperti wujudnya 'sesuatu' di antara mereka. Namun begitu, biar apapun tanggapan ramai, persembahan duet Rossa dan Pasha memang 'meletop'!

Rossa kembali menyampaikan lagu secara solo menerusi Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Pudar sebelum melabuhkan tirai konsert mininya itu dengan lagu Sakura.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan