Michael hidup dalam tekanan sepanjang masa, kata Celine Dion

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Celine Dion
Celine Dion

WASHINGTON: Celine Dion menelah salah satu punca kematian mengejut Michael Jackson adalah tekanan yang dihadapi penyanyi kesayangan ramai itu sebelum konsert 'comeback' nya yang dijadual berlangsung di UK bulan hadapan.

Dion muncul dalam rancangan televisyen 'Late Night with Larry King' untuk berkongsi pandangannya tentang kejadian tragik yang menimpa sahabat baiknya itu.

"Saya rasa Michael Jackson hidup dalam tekanan sepanjang masa sejak dia berumur lima tahun. Dia ingin memuaskan hati keluarga dan penyokongnya.

"Lantaran itu, dia meletakkan penanda aras yang cukup tinggi untuk dirinya sendiri sehingga dia tertekan," media memetik kata-kata Dion.

"Jika anda tidak mempunyai sesuatu seperti keluarga anda, suami atau isteri anda, kanak-kanak anda - maksud saya dia mungkin tidak mempunyai keseimbangan dalam aspek ini," tambahnya.

Dion tidak dapat menahan sebak yang berbuku di hatinya mengenangkan penyanyi legenda itu tidak wujud lagi.

Kata Dion: "Michael Jackson merupakan idola saya sepanjang hayat saya. Di rumah saya, saya menampal poster Jackson di bilik tidur saya ketika masih kecil.

"Perasaan sedih itu terbit seperti.... apabila Kennedy mati, apabila Elvis Presley meninggal dunia. Ini adalah satu kehilangan yang amat besar. Dan saya masih terasa kehilangannya.

"Saya membesar dengannya. Melalui anak saya yang berumur lapan tahun, saya menghayati muziknya sekali lagi. Jackson tidak akan mati. Dia tidak akan mati....," kata Dion.

Penyanyi lagu 'My Heart Will Go On' turut memberitahu dia melihat Jackson kali terakhir beberapa bulan lalu ketika Michael menghadiri konsertnya di Las Vegas.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan