Mayat Michael Jackson telah pun dipulangkan kepada keluarga

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Mayat Michael Jackson telah pun dipulangkan kepada ahli-ahli keluarganya selepas bedah siasat dijalankan.

Koroner wilayah Los Angeles mengesahkan mayat Raja Pop itu diserahkan kepada keluarganya semalam.

Jackson jatuh di rumahnya di Los Angeles pada Khamis lalu dan meninggal dunia ekoran sakit jantung yang didakwa berpunca

daripada penggunaan dadah dan pengambilan beberapa ubat anti depresi dan penenang secara berlebihan.

Pejabat koroner juga memaklumkkan tiada unsur-unsur jenayah terlibat.

Media turut melaporkan penyanyi itu menerima suntikan dadah pada 11.30 pagi pada hari kematiannya. Suntikan itu mengandungi ubat penahan sakit dan lain-lain dadah.

Sumber media itu juga menambah Jackon mengambil beberapa ubat yang telah merbahayakan tahap kesihatannya seperti ubat Dilaudid dan Vicodin untuk menahan sakit, Soma - ubat pengendur otot, Xanax - sedatif, anti-depresan dan Prilosec untuk pedih hulu hati.

Dalam pada itu, ahli-ahli keluarga belum memaklumkan perancangan pengebumian Jackson buat masa ini.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan