Keluarga Michael Jackson mahu doktor peribadi lakukan autopsi kedua

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joe Jackson - bapa kepada mendiang bintang pop Michael Jackson - melambai kepada orang ramai di luar rumahnya di persekitaran Encino, Los Angeles. Bersama-samanya ialah 
Reverend Jesse Jackson (kiri) dan anaknya Yusef DuBois Jackson (tengah). - foto REUTERS
Joe Jackson - bapa kepada mendiang bintang pop Michael Jackson - melambai kepada orang ramai di luar rumahnya di persekitaran Encino, Los Angeles. Bersama-samanya ialah Reverend Jesse Jackson (kiri) dan anaknya Yusef DuBois Jackson (tengah). - foto REUTERS

LOS ANGELES: Ahli-ahli keluarga Michael Jackson menginginkan bedah siasat kedua dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana ikon pop itu mati dan siapa doktor yang bersamanya sebelum itu, kata Jesse Jackson pada Sabtu lalu.

Dan mereka mengkehendaki doktor peribadi untuk melakukan autopsi kedua tersebut.

"Ini adalah abnormal," Jesse memberitahu media dari Chicago sehari selepas melawat keluarga Jackson.

"Kami tidak mengetahui apa yang berlaku. Adakah dia disuntik dengan sesuatu dan apakah bahan itu? Semua kemusykilan perlu dijawab."

Menurut Jesse, ahli-ahli keluarga Jackson perlu mengetahui punca sebenar kematiannya.

Tiada maklumat pengebumian dikeluarkan oleh ahli-ahli keluarga Jackson.

Sementara itu, mayat Michael Jackson telah pun dipulangkan kepada ahli-ahli keluarganya selepas bedah siasat dijalankan.

Koroner wilayah Los Angeles mengesahkan mayat Raja Pop itu diserahkan kepada keluarganya semalam.

Bagaimanapun, ahli-ahli keluarga Jackson belum memaklumkan perancangan pengebumian Jackson buat masa ini.

Setakat ini, banyak saudara-mara Jackson telah berkumpul bergilir-gilir untuk menjaga tiga anak Jackson.

Sementara itu, laporan akhir bedah siasat Michael Jackson akan mengambil masa empat hingga enam minggu, menurut ketua koroner yang menyiasat kematian Raja Pop itu.

Pihak polis telah merampas beberapa jenis dadah dari rumah mewah yang disewa Jackson di Los Angeles untuk menjalankan siasatan.

Pegawai koroner belum menjumpai apa-apa bukti berlakunya unsur-unsur jenayah di sebalik kematian Jackson.

Ketua Koroner dan penyiasat, Craig Harvey memberitahu, penyiasat perubatan mengambil masa tambahan untuk melengkapkan ujian toksikologi, neuropatologi dan paru-paru.

Katanya, ini penting untuk menentukan punca utama kematian Jackson.

"Apabila ujian-ujian tersebut selesai dilakukan, kami dapat menutup kes ini sekali gus memaklumkan punca utama kematian.

"Tiada tanda-tanda trauma luaran dan unsur-unsur jenayah pada tubuh badan Michael Jackson," tambah Harvey.

Jackson jatuh di rumahnya di Los Angeles pada Khamis lalu dan meninggal dunia ekoran sakit jantung yang didakwa berpunca daripada penggunaan dadah dan pengambilan beberapa ubat anti depresi dan penenang secara berlebihan.

Media turut melaporkan penyanyi itu menerima suntikan dadah pada 11.30 pagi pada hari kematiannya. Suntikan itu mengandungi ubat penahan sakit dan lain-lain dadah.

Sumber media itu juga menambah Jackon mengambil beberapa ubat yang telah merbahayakan tahap kesihatannya seperti ubat Dilaudid dan Vicodin untuk menahan sakit, Soma - ubat pengendur otot, Xanax - sedatif, anti-depresan dan Prilosec untuk pedih hulu hati.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan