Jesse Jackson: Keluarga inginkan bedah siasat kedua dilakukan

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Ahli-ahli keluarga Michael Jackson inginkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana ikon pop itu mati dan siapa doktor yang bersamanya sebelum itu, kata Jesse Jackson pada Sabtu lalu.

"Ia adalah abnormal," Jesse memberitahu media dari Chicago sehari selepas melawat keluarga Jackson.

"Kami tidak mengetahui apa yang berlaku. Adakah dia disuntik dengan sesuatu dan apakah bahan itu? Semua kemusykilan perlu dijawab."

Menurut Jesse, ahli-ahli keluarga Jackson perlu mengetahui punca sebenar kematiannya.

Tiada maklumat pengebumian dikeluarkan oleh ahli-ahli keluarga Jackson.

Setakat ini, banyak saudara-mara Jackson telah berkumpul bergilir-gilir untuk menjaga tiga anak Jackson.

Sementara itu, laporan akhir bedah siasat Michael Jackson akan mengambil masa empat hingga enam minggu, menurut ketua koroner yang menyiasat kematian Raja Pop itu.

Pihak polis telah merampas beberapa jenis dadah dari rumah mewah yang disewa Jackson di Los Angeles untuk menjalankan siasatan.

Pegawai koroner belum menjumpai apa-apa bukti berlakunya unsur-unsur jenayah di sebalik kematian Jackson.

Ketua Koroner dan penyiasat, Craig Harvey memberitahu, penyiasat perubatan mengambil masa tambahan untuk melengkapkan ujian toksikologi, neuropatologi dan paru-paru.

Katanya, ini penting untuk menentukan punca utama kematian Jackson.

"Apabila ujian-ujian tersebut selesai dilakukan, kami dapat menutup kes ini sekali gus memaklumkan punca utama kematian.

"Tiada tanda-tanda trauma luaran dan unsur-unsur jenayah pada tubuh badan Michael Jackson," tambah Harvey.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan