Jadikan hidup seindah syurga

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reema Khan sebagai Zinagi dalam filem Kitni Haseen Hai Zindagi (Life is so beautiful). - foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH
Reema Khan sebagai Zinagi dalam filem Kitni Haseen Hai Zindagi (Life is so beautiful). - foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH

KEHIDUPAN kita akan mungkin lebih bererti jika kita dapat luangkan masa menghayati filem usahasama Pakistan dan Malaysia, Kitni Haseen Hai Zindagi (Life Is So Beautiful).

Kita akan terkedu menyaksikan peperangan, kezaliman dan penderitaan sesama umat manusia menghancurkan segala-gala tamadun manusia.

Kadang-kala dunia ibarat neraka.

Pengarah dan prosuder filem tersebut, Reema Khan dari Pakistan berkata, mesej filem 'Kitni Haseen Hai Zindagi' adalah kehidupan ini sebenarnya adalah menarik dan indah.

Apatah lagi kehidupan manusia umpama ombak, ada pasang-surutnya. Reema berharap penonton filem itu menyifatkan pasang surut dalam kehidupan mereka sebagai sebahagian asam garam kehidupan.

"Saya cuba menyampaikan mesej Tuhan telah memberikan kita banyak peluang...tetapi apa yang lebih penting ialah kita menghargai nyawa kita.

"Bagaimana untuk menjadikan kehidupan ini seindah syurga? Caranya mudah. Kita menghasilkan cinta dan memberikan cinta," kata Reema yang juga aktres utama dalam filem menelan belanja lebih RM1 juta itu.

Filem Kitni Haseen Hai Zindagi (Life is so beautiful), menceritakan kisah romantik dan cinta dalam bentuk komedi.

Reema memegang watak Zindagi, seorang anak yatim yang hidup dalam kemiskinan. Dia ditemukan dengan Ali seorang anak peniaga yang kaya-raya. Kedua-duanya cuba membunuh diri kerana hilang motivasi untuk terus hidup.

Akhirnya, mereka menemui makna kehidupan apabila mereka dilamun cinta dan cinta "menyelamatkan" mereka berdua.

Reema ingin menyampaikan mesej 'Haseen Hai Zindagi (Life is so beautiful)' itu kepada manusia sejagat. "Bukan sahaja penonton dari Pakistan dan Malaysia, tetapi semua penonton filem ini seantero dunia."

Jelitawan ini sempat menitipkan nasihat berguna dalam temuramah di Menara Star semalam. Pesan Reema: "Jangan kita rasa diri kita tidak penting dalam dunia ini, setiap insan ciptaan Tuhan mempunyai kepentingannya dalam dunia ini.

"Jika melalui masa yang susah, jangan rasa anda tidak berguna langsung. Anda tidak akan mencipta kejayaan jika berfikiran sedemikian," tegas Reema.

Selebriti dari Pakistan ini sememangnya adalah seorang 'beauty with brain'. Bukan sahaja jelita, hatinya cukup mulia. Alangkah indahnya dunia ini dengan kehadiran insan seperti Reema ini.

Untuk rekod, filem Kitni Haseen Hai Zindagi (Life Is So Beautiful) merupakan filem arahan kedua Reema yang penggambarannya dibuat di Malaysia.

Filem pertamanya, Koi Tujh Sa Kahan (Who Is Like You) menerima sambutan memberangsangkan di United Kingdom (UK) serta Pakistan pada 2006.

Kenapa memilih Malaysia? Malaysia bagi Reema ialah rumah kedua selepas negara asalnya, Pakistan. "Malaysia ialah negara Muslim. Saya berasa selesa di sini dan saya rasa Malaysia ialah negara yang sangat cantik."

Ini mendorong bekas model iklan Pepsi (2004) ini untuk merakamkan momen terindah Malaysia dalam filem barunya itu.

Reema turut memberikan analogi kehadirannya di Malaysia umpama bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain di rumahnya di Lahore, Pakistan. Rasa rindu kampung halamannya tidak wujud dalam erti kata lain.

Lokasi penggambaran filem ini ialah Putrajaya, KL, Cameron Highlands, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Berjaya Times Square. (helipad), Avon dan Sunway Lagoon.

Penggambaran memakan masa sebulan dan ia bakal ditayangkan serentak di Malaysia dan Pakistan pada November ini.

Filem Kitni Haseen Hai Zindagi (Life Is So Beautiful) membariskan John Prakasa Rao Janumala atau lebih dikenali sebagai Johny Lever dan remaja tempatan bernama Mariam, 17, dari Kuala Lumpur.

Ia turut menghimpunkan penyanyi terkenal India seperti Sheria Gosha, Shan, Kelash Kher and Sonedi Cohaa; dan penyanyi dari Pakistan seperti Rahat Fathi Ali Khan, Shezia Manzoor dan Ibra-Ul-Haq.

"Saya ingin menghimpunkan bakat-bakat Pakistan, India dan Malaysia untuk sama-sama mendapat manfaatnya. Saksi kehebatan mereka dalam filem arahan saya ini," ujar Reema.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan