'Suria FM Senyum & Menang' diteruskan

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TINGGAL 12 hari untuk menyertai 'Suria FM Senyum & Menang RM18,000 bersama Tuah dan Zizi'. Setakat ini, penyertaan yang diterima masih belum memperlihatkan kreativiti seperti yang diinginkan oleh pihak Suria FM.

Ini bermakna peluang masih terbuka kepada orang ramai untuk menghantarkan penyertaan dengan merakamkan gambar secara kreatif bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi di tiga lokasi terpilih setiap hari.

Layari www.suriafm.com.my selain mendengarkan siaran Suria fm.

Bagi yang terlepas peluang bergambar secara 'live', mereka boleh merakamkan gambar kreatif menerusi replika khas krew Breakfast@suria yang diletakkan di cawangan-cawangan Mydin terpilih selain Taiping Sentral, Plaza Angsana Johor Bharu dan Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Penyertaan boleh dihantarkan menerusi online di www.suriafm.com.my .

Pemenang utama kategori gambar paling kreatif akan memenangi wang tunai RM10 ribu dan pemenang kedua bakal membawa pulang RM5 ribu.

Manakala hadiah harian berjumlah RM3 ribu yang mana pendengar Suria berpeluang memenangi RM100 setiap hari bermula 1 Jun hingga 3 Julai.

Bermula 1 Jun, satu gambar kreatif terpilih akan dipaparkan di www.suriafm.com.my setiap hari. Satu soalan berkaitan gambar kreatif yang dipaparkan akan disebut oleh Tuah dan Zizi menerusi Segmen Breakfast@suria.

Untuk mendapatkan jawapan, mereka perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai 'VIP SURIA FM' di www.suriafm.com.my dan seterusnya menghubungi bilik studio di talian 03-4041 1053 untuk memberikan jawapan kepada Tuah dan Zizi.

Pada minggu terakhir kempen ini iaitu bermula 6 Julai (Isnin) hingga 10 Julai (Jumaat), lima gambar kreatif terpilih akan dipaparkan secara serentak dan proses undian secara online dibuka kepada pendengar Suria fm.

Setiap hari, satu gambar yang mendapat undian terendah akan dikeluarkan. Bagi membolehkan pendengar memenangi RM100, mereka perlu menjadi pengundi bertuah dengan slogan terbaik 'saya mendengar Breakfast@suria kerana ...' (tidak lebih 10 perkataan) akan menang.

Kemuncak kempen ini adalah pada 10 Julai (Jumaat). Ini kerana dua pemilik gambar kreatif yang mendapat undian tertinggi akan dibawa ke studio Suria fm untuk bersama Tuah dan Zizi.

Undian pendengar akan menentukan pemenang RM10 ribu untuk gambar paling kreatif dan pemenang RM5 ribu untuk pemenang di tempat kedua.

Keterangan lanjut tentang kempen 'Suria fm Senyum & Menang RM18 ribu bersama Tuah dan Zizi' boleh didapati di www.suriafm.com.my .

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan