Saya masih isteri orang - Wan Sharmila

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan Sharmila berkata hubungannya dengan suami masih baik. - foto THE STAR oleh IBRAHIM MOHTAR
Wan Sharmila berkata hubungannya dengan suami masih baik. - foto THE STAR oleh IBRAHIM MOHTAR

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan mahligai yang dibina akan bertahan sehingga ke akhir hayat. Tidak terkecuali buat aktres Wan Sharmila yang mendirikan rumahtangga dengan penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom sejak tiga tahun yang lalu.

Walaupun di awal kemunculan pelakon siri Kisah Kaisara ini, ramai yang tidak menyangka Wan sudah pun bergelar isteri, apatah lagi bila melihat tuan empunya diri yang nampak masih seperti gadis remaja, Namun pelakon berusia 28 tahun ini tidak pula menafikan statusnya yang sudah berkahwin apabila ditanya oleh media.

Dan rumahtangga pelakon ini juga nampaknya tidak terlepas dengan khabar angin negatif sebaik khalayak mula mengetahui status sebenar Wan yang sudah bergelar isteri orang.

Ketika itu, hubungan Wan dan suaminya dikatakan sedang berdepan dengan masalah. Namun gosip itu hilang begitu saja apabila pelakon kelahiran Johor Bahru ini mengambil langkah untuk tidak menghiraukan khabar angin yang dianggapnya tidak berasas itu.

Namun, sejak beberapa bulan lalu, kisah rumahtangganya menjadi bualan banyak pihak di dalam industri ini yang mengatakan hubungan Wan dan suami sedang bergolak gara-gara kehadiran orang ketiga yang 'mengganggu' kebahagiaan mereka.

Dan 'orang ketiga' itu pula dikatakan adalah seorang pelakon wanita yang semakin meningkat naik dan pernah membintangi sebuah drama bersama Wan.

Wan hanya tersenyum pada awalnya tatkala perkara ini diajukan kepadanya. Dalam nada tenang, kata Wan, dia merasakan hal ini terlalu peribadi untuk didedahkan kepada khalayak.

"Saya tidak berani untuk mengiyakan atau menidakkan tentang perkara ini. Saya takut untuk komen mengenai hal ini kerana tidak mahu timbulnya salah faham.

"Bagi saya, apa saja yang terjadi dalam rumahtangga, biarlah di simpan sendiri kerana itu adalah hak peribadi masing-masing," kata Wan yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Kisah Kaisara musim ketiga di Sri Pentas, semalam.

Menurut Wan, hubungannya dengan suami masih seperti biasa. Malah, dia juga tidak menghadapi sebarang masalah dengan artis yang dikatakan menjadi 'orang ketiga' itu.

"Saya masih lagi isteri orang. Bagi saya, apa saja masalah yang berlaku adalah adat resam rumahtangga. Dengan artis itu juga, saya tidak hadapi apa-apa masalah," katanya, ringkas sambil mengelak untuk mengulas lanjut tentang perkara itu lagi.

Tidak kisah asyik bawa watak remaja

Setelah muncul di dalam drama Kisah Kaisara tiga tahun lalu dengan watak gadis sekolah menengah, Wan akui, tawaran-tawaran yang menyusul kemudian kebanyakannya juga ialah sebagai gadis remaja.

Namun, pelakon ini tidak pernah mengeluh dengan apa yang diterimanya. Malah, dia bersyukur tatkala watak gadis remaja masih banyak singgah dalam dirinya, dia juga turut mendapat banyak peluang lain untuk membawakan karektor yang pelbagai.

Ujar Wan, salah seorang pengarah yang sentiasa memberikan peluang tersebut kepadanya ialah Shahrulezad yang pernah bekerjasama dengan pelakon itu menerusi beberapa buah drama seperti Sindarela, Emil Emilda dan Rona Roni Makaroni.

"Terus-terang saya katakan, saya memang amat puas hati dapat bekerja dengan Shahrulezad kerana dia suka beri kepada saya membawakan karektor yang berbeza.

"Dan alhamdulillah, setakat ini, bukan saja sebagai gadis remaja, saya juga pernah bawakan watak-watak seperti budak kolej, isteri orang dan karektor sebagai perempuan gedik.

"Tetapi itu tidak bermaksud saya tidak mahu lagi pegang watak gadis remaja. Saya bukan seorang yang terlalu memilih. Bagi saya, tidak semestinya watak remaja itu akan tampil gaya karektor yang sama...selalunya ia memang berbeza mengikut kepada jalan ceritanya.

"Saya sekadar berharap agar dapat mencuba lebih banyak watak. Pernah juga saya teringin untuk pegang watak sebagai wanita cantik, tetapi nampaknya mungkin saya tidak sesuai untuk watak seperti itu...lagipun bukanlah saya cantik sangat pun," tuturnya dalam nada ceria.

Bercerita tentang projek terbarunya, kata Wan, selain bakal muncul di dalam drama bersiri Kisah Kaisara untuk musim ketiga bermula 1 Julai ini di TV9, dia juga akan memulakan penggambaran untuk drama bersiri terbaru, Tari Kirana, yang akan dijalankan di Singapura tidak lama lagi.

Drama ini sekali lagi menyaksikan Wan bekerja di bawah arahan Shahrulezad dan akan turut bergandingan dengan pelakon-pelakon baru.

"Drama ini adalah berkisar tentang tarian. Saya membawakan watak Kirana, seorang gadis yang suka menari, tetapi tidak mempunyai peluang. Memang watak ini memerlukan saya untuk menari, tapi nasib baik saya ada sedikit asas dalam tarian.

"Cuma perlu terus digilap lagi. Tetapi drama ini memang menarik kerana ia turut diselitkan dengan elemen komedi," kata pemenang Anugerah Shine Pantene pada Anugerah Skrin 2007 (ASK2007) ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan