Road tour 'Lelong Amal' Suria FM di Shah Alam

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIRI Road Tour Lelong Amal Suria FM untuk tahun 2009 kini berada di kemuncaknya, yang akan diadakan di Plaza Alam Central Shah Alam pada 27 Jun ini (Sabtu) bermula 3 petang dengan barisan artis popular seperti Ning Baizura, Amy Mastura, Dayang Nurfaizah, Ramlah Ram, Elyana, Nurul dan ramai lagi.

Selain menghiburkan tetamu dengan dua buah lagu, setiap artis juga akan turut melelong barangan peribadi mereka untuk disumbangkan kepada Rumah Nur Salam (rumah perlindungan untuk anak-anak terbiar Chow Kit).

Orang ramai juga berpeluang beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Tuah, Zizi, Myra, Zaff, Akhtar, Bob, Naim dan Dj Lin.

Pelbagai hadiah istimewa menanti untuk dimenangi. Orang ramai dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan acara itu di samping menyertai aktiviti pentas yang diadakan.

Sejak awal tahun ini, staf Suria FM telah berkunjung ke lebih enam lokasi serata Malaysia. Mydin Mall USJ merupakan lokasi pembuka tirai tahun ini diikuti Mydin Kuala Terengganu, Berjaya Megamall Kuantan, Village Mall Sungai Petani, Taiping Central, Dataran Pahlawan Melaka dan Dataran Teluk Kemang, Port Dickson.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan