Kementerian Penerangan kaji impak kemasukan filem luar negara

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menjalankan satu kajian mengenai kesan kemasukan filem dan rancangan luar negara ke atas mutu dan jumlah bilangan penerbitan filem dan rancangan tempatan, awal tahun depan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menterinya Datuk Joseph Salang Gandum berkata pada masa ini kementerian itu melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedang menjalankan kajian bertajuk Penontonan Filem Cereka Di Malaysia: "Tingkah laku, cita rasa, persepsi dan harapan".

"Kajian ini bertujuan untuk mengetahui profil sosiodemografi dan psikografi khalayak filem cereka, pola buat keputusan tentang penontonan dan faktor mempengaruhinya, pemilihan filem, isu-isu identiti dan hala tuju filem cereka di Malaysia.

"Selain itu, kita juga membuat kajian tentang segmentasi khalayak dengan tingkah laku, pola membuat keputusan, cita rasa dan persepsi mereka terhadap filem cereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menjalankan kajian kesan terhadap mutu dan jumlah penerbitan filem atau rancangan terbitan tempatan berikutan kemasukan filem atau rancangan luar ke negara ini.

Joseph berkata kementerian itu juga bercadang membawa penerbit filem asing untuk menghasilkan filem di negara ini, sekaligus menggalakkan pertumbuhan industri perfileman di negara ini.

"Kementerian sedang dalam rangka membawa pembikin filem luar negara datang ke negara kita dan dengan itu pembikin wayang atau filem di negara kita akan merasai impak saingan yang sekaligus akan menambah baik mutu filem yang dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata mengikut statistik kementerian itu, sebanyak 25 buah filem tempatan sahaja dikeluarkan pada 2008 berbanding filem dari luar negara yang mencatatkan pengeluaran lebih dari 100 buah pada tahun yang sama. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan