Angelina Jolie ingin ceburi politik?

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Angelina Jolie. - foto AP
Angelina Jolie. - foto AP

AKTRES Angelina Jolie sedang mencari perubahan dalam kerjayanya. Dia rela menukargantikan statusnya daripada bintang filem kepada ahli politik.

Bintang The "Tomb Raider" itu merupakan duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia menghabiskan masa yang panjang untuk memperjuangkan hak-hak orang pelarian selain terlibat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan.

Menurut laporan media, Angelia difahamkan bercadang untuk bersara dari bidang lakonan dan memfokus kepada cita-citanya itu.

"Dia (Angelina) mengaku sudah serik dengan Hollywood. Dia berkata dia kini memberikan tumpuan ke Washington. Dia teruja tentang hak-hak rakyat, peperangan dan keadilan.

"Dia percaya dia boleh membawa perubahan yang lebih besar dengan menceburi politik," kata satu sumber.

"Dia mengagumi (Presiden Amerika Syarikat) Obama dan berasa dia boleh membuat perubahan besar sekiranya berada di posisi Obama.

"Saya akan membuat pertaruhan besar yang dia bakal menjadi Presiden wanita yang pertama dalam tempoh 20 tahun. Angelina sangat komited dalam soal ini," tambah sumber itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan