Cinta 'rahsia' Farah...

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farah
Farah

BINTANG kelahiran Akademi Fantasia musim kedua ini memang merupakan seorang yang cukup sukar untuk membuka mulut tentang kisah cintanya. Bagi Farah Diana Anuar atau mesra dengan panggilan Farah ini, dia lebih selesa kisah 'peribadi' disimpan kemas dalam dirinya saja.

Hanya setelah beberapa kali menyelami hati gadis berusia 24 tahun ini, barulah Farah 'memberanikan' diri berbicara tentang cinta.

Sambil tersenyum, anak ketiga daripada enam beradik ini akui sedang 'bahagia' dengan seorang jejaka yang sudah dikenalinya sejak empat tahun lalu.

"Mula-mula berkawan dulu, kami sekadar kawan biasa. Tetapi sejak tiga tahun lalu, hubungan kami semakin serius. Malah, abah dan ahli keluarga juga mengenalinya.

"Abah yang banyak tahu tentang hubungan ini sebenarnya kerana saya memang rapat dengan abah. Memang kalau boleh saya tidak mahu dedahkan sangat tentang perkara ini...tak mahulah orang cakap yang bukan-bukan," tutur anak jati Kuala Lumpur ini dalam nada ceria.

Ujar Farah, jejaka yang sebaya dengannya itu tidak langsung terlibat di dalam industri hiburan. Namun, apa yang menyenangkan hati Farah ialah kerana 'si dia' itu cukup memahami karier seninya.

"Senang berkawan dengan dia, mungkin kerana kami pun sudah lama mengenali antara satu sama lain. Tapi, saya belum sampai ke tahap untuk berfikir tentang perkahwinan lagi buat masa ini.

"Masih terlalu awal. Biar saya fokus dulu terhadap kerja-kerja saya. Lagipun saya ni perempuan, tak elok pula cakap lebih-lebih tentang hubungan ini," kata penyanyi, pelakon dan pengacara ini.

Ingin cuba bergerak sendiri?

Beralih kepada perkembangan karier seninya pula, kata Farah, dia bersyukur setelah lima tahun berada di dalam industri ini, penerimaan ramai terhadap dirinya masih lagi positif.

Menurut Farah yang muncul dengan album keduanya, Fantasia, awal tahun ini, dia sentiasa mempunyai perancangan rapi untuk memastikan perjalanan seninya bukan hanya bertahan separuh jalan saja.

Walaupun syarikat pengurusan lamanya, Maestro, sudah ditutup dan kini diambilalih oleh Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), namun kata Farah, dia bernasib baik kerana kariernya masih terus 'bernyawa'.

"Kontrak saya bersama AESB bagaimanapun akan berakhir pada bulan Ogos ini. Jadi sekarang saya masih belum buat keputusan sama ada untuk perbaharui kontrak atau cuba bergerak sendiri selepas ini.

"Memang ramai yang sarankan kepada saya untuk uruskan karier sendiri. Malah, saya juga ada terfikir untuk berbuat demikian.

"Tapi, saya rasa lebih baik saya tengok apa perancangan AESB untuk saya kelak. Mungkin dari situ barulah saya dapat buat keputusan mana yang terbaik untuk diri saya.

"Lagipun, setakat ini, saya tidak ada masalah di bawah pengurusan mereka. Terfikir juga, kalau selepas ini saya putuskan untuk bergerak sendiri, pasti ia agak mencabar buat saya.

"Namun, mungkin juga sudah sampai masa untuk saya cuba uruskan sendiri karier seni...tengoklah nanti macam mana," kata Artis Harapan Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-12 ini.

Dalam perkembangan lain, kata Farah, ketika ini dia juga masih lagi bertindak sebagai hos program Rasa Halal Orient di Astro Oasis yang sudah memasuki musim ketiga.

Begitu juga dalam bidang lakonan. Tutur Farah, dia menerima menerima banyak tawaran untuk berlakon setelah muncul di dalam drama Popular di Astro tidak lama dulu.

Namun begitu, akui Farah, dia terpaksa menolak tawaran-tawaran tersebut kerana kurang 'berminat' untuk bergelar pelakon.

"Sejujurnya, saya tidak begitu 'gembira' ketika berlakon. Saya akan jadi cepat bosan bila duduk lama di set penggambaran, itu memang saya tidak nafikan. Dan mungkin juga kerana jiwa saya bukan di dalam bidang ini.

"Sebab itu kebanyakan tawaran tersebut saya tolak. Tapi saya tidak kisah untuk berlakon dalam program-program sempena Hari Raya atau 'special event' yang lain kerana program-program tersebut pun bukan dibuat selalu," kata duta produk Power Roots dan Syahirah ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan