Kes pukul Rihanna: Chris dikenakan tempoh pemerhatian 5 tahun

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chris Brown mengaku salah dan perlu berada di dalam tempoh pemerhatian selama lima tahun serta melakukan khidmat sosial selama enam bulan - foto AFP
Chris Brown mengaku salah dan perlu berada di dalam tempoh pemerhatian selama lima tahun serta melakukan khidmat sosial selama enam bulan - foto AFP

PENYANYI R&B Chris Brown perlu berada di dalam tempoh pemerhatian selama lima tahun dan melakukan khidmat sosial selama enam bulan oleh mahkamah setelah dia mengaku bersalah atas kesalahan menyerang bekas kekasihnya, Rihanna sehingga mengalami kecederaan.

Aktiviti khidmat sosial yang akan dilakukannya ialah termasuk mengutip sampah, seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

Selain itu, Brown juga perlu menghadiri kursus tentang keganasan domestik.

Peguam Rihanna, Donald Etra berkata, penyanyi itu telah menerima keputusan tersebut sebagai "adil dan adalah sebuah keputusan" tentang kes itu.

Mahkamah juga meminta Brown dan Rihanna untuk tidak berada berdekatan antara satu sama lain lebih kurang sejauh 50 ela, melainkan di majlis-majlis hiburan di mana jaraknya dikurangkan kepada 10 ela.

Brown mengaku kesalahannya itu dan mengatakan dia amat sedih dan dengan insiden itu dan telah mendapatkan khidmat kaunseling.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan