Soha Ali Khan macam GI Joe dalam filem Tum Mile

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Soha Ali Khan
Soha Ali Khan

KEMATANGAN dan daya tarikan baru Soha Ali Khan membolehkan aktres Bollywood itu memegang watak dalam filem "Tum Mile", kata pengarah filem Kunal Deshmukh.

"Saya perlukan seseorang seperti Soha yang berimej cantik dan matang. Saya tidak memerlukan pelakon baru.

"Maka, menjadi idea saya untuk 'Tum Mile'," kata Deshmukh dalam satu temuramah telefon dari Mumbai.

Tum Mile ialah filem romantis mengenai sepasang suami-isteri yang terperangkap dalam banjir besar pada 26 Julai empat tahun lalu.

Deshmukh berkata, pihaknya perlu melakonkan 'banjir besar' dan penggambaran terpaksa dilakukan untuk lebih 12 jam sehari.

Menurutnya, Soha bukan sahaja tidak merajuk tetapi rajin berusaha dalam set penggambaran.

"Soha adalah seperti GI Joe (pelakon lasak bertemakan ketenteraan). Dia tidak letih dan terus berlakon," kata Deshmukh.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan