Samuel Rizal berbelah bagi antara dua pilihan dalam 'J'

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Indonesia Samuel Rizal mungkin belum punya pacar istimewa dalam realiti kehidupannya namun di dalam drama terbaru dari seberang, situasinya berubah.

Drama popular Indonesia, berjudul 'J', Samuel diberi watak jejaka bernama 'J' yang keliru membuat pilihan hati, antara dua gadis yang akan disunting menjadi suri rumahnya.

Drama ini akan mula disiarkan pada 7 Jun 2009 jam 11 malam hanya di saluran hip 8TV.

Menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV, drama 'J' adalah sebuah lagi drama bersiri hebat dengan barisan pelakon seperti Samuel Rizal, Nadine dan Fera yang pastinya akan buat anda terus melekat di kaca TV.

Jalan ceritanya berkisar tentang Junior (Samuel Rizal) atau dikenali dengan panggilan ‘J’ merupakan seorang jejaka kacak yang lahir dari keluarga berada.

Setelah menamatkan Ijazah di Boston, Junior didesak oleh keluarganya untuk pulang dan perlu mencari seorang isteri.

Sebagai anak yang baik dan sentiasa menurut kehendak keluarga, Junior akur dan tidak boleh menolak permintaan bapanya.

Bapa Junior telah menunjukkan beberapa keping gambar wanita-wanita cantik yang bukan sahaja berpelajaran malah datang dari keluarga yang kaya-raya untuk Junior memilih.

Junior terpikat dengan gambar seorang gadis bernama Vanina (Fera Feriska).

Setelah bertemu dengan Vanina yang juga merupakan anak rakan baik bapanya, Junior benar-benar jatuh cinta dengan Vanina yang penuh dengan sifat rendah diri walaupun datang dari golongan berada.

Sedang Junior dan Vanina dalam proses mengenal hati budi masing-masing, Junior mula tertarik dengan seorang gadis bernama Vanisa (Nadine Chandrawinata) seorang gadis cantik, seksi dan bijak. Tidak hanya mempunyai fizikal yang menarik, Vanisa juga mempunyai cita-cita yang tinggi.

Junior mula tertarik dengan Vanisa yang mempunyai personaliti yang lebih agresif berbanding dengan Vanina dan beliau sentiasa mencuba mendapatkan segala yang dimahukan dalam hidup.

Setelah mengenali kedua-dua wanita ini, hati Junior berbelah bagi dan tidak tahu untuk memilih yang mana lebih layak menjadi isterinya.

Masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing.

Siapakah yang bakal Junior pilih untuk menjadi isterinya?

Untuk mengetahui bagaimana cinta tiga segi ini akan berakhir, jangan lepaskan peluang menonton 'J' bermula 7 Jun 2009 jam 11 malam hanya di saluran 8TV! Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro anda.

Kini anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda dengan hanya melayari www.mobile.8tv.com.my.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan