Band Indonesia masih boleh 'cari makan' di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Andra & The Backbone. -foto mStar oleh SITI AZIRA
Andra & The Backbone. -foto mStar oleh SITI AZIRA

GRAF industri muzik tempatan dilihat berada dalam keadaan menurun selari dengan penurunan graf ekonomi sekarang.

Berikutan itu, banyak lambakan CD, VCD dan kaset berlaku apabila permintaan berkurang sementelah produk dalam format digital atau muat turun semakin popular kini.

Fenomena ini dilihat ketara berlaku di kebanyakan negara yang mempelopori dunia muzik termasuk Indonesia.

Menurut Andra & The Backbone, sebuah band dari Indonesia, mereka akui yang penjualan CD dan kaset adalah kurang bagus di negaranya.

"Walaupun begitu, kami tetap membikin karya yang bagus dan hits kerana jika sangat hits, kami boleh 'survive' sehingga 100 tahun lagi," luah band yang popular dengan lagu Sempurna ini dalam nada seloroh.

Mereka dianggotai oleh Stevie Morley (gitar), Andra Ramadhan (gitar) dan Dedy Lisan (vokal).

Dalam pada itu, band Gigi yang dianggotai oleh Gusti Hendy (drum), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Armand Maulana (vokal) berkata 'muzik tetap bagus' walaupun mengalami krisis global.

"Hampir semua kumpulan pasti 'perform' pada setiap minggu termasuk Gigi," kata Armand yang popular dengan nyanyian lagu 11 Januari dan Nakal.

Buktinya, band-band Indonesia ini tetap unggul dan bertahan apabila mereka dijemput untuk menjayakan Festival Muzik Pesta Malam Indonesia (PMI) 3 yang akan berlangsung esok, 20 Jun, pukul 3 petang di Stadium Bukit Jalil (tempat letak kereta A).

Selain Gigi dan Andra & The Backbone, rockers hebat lain yang akan beraksi selama 7 jam tanpa henti adalah Dewa 19, Sheila On 7 (SO7) dan Padi.

Menurut SO7, ini merupakan kali kedua mereka menjayakan PMI.

"Kami yakin setiap band ada peminat mereka dan kami selalu 'fun' kalau ke sini,' kata band yang popular dengan lagu Dan, Sephia dan Pria Terhebat ini.

Sementara band Andra & The Backbone yang pertama kali menjayakan PMI bagaimanapun akui tidak gerun dengan kemunculan band popular lain.

"Kami anggap band-band yang lain ibarat teman-teman kami juga. Jadi, kami sentiasa bersaing secara sihat sahaja.

"Untuk konsert ini nanti, kami menjangkakan lebih ramai orang yang datang untuk menonton banyak band.

"Kami akan nyanyikan lagu-lagu dari album pertama dan kedua kami," kata Andra.

Padi pula yang pernah menjayakan PMI 1 menjanjikan penampilan yang berbeza dan lagu yang peminat tahu termasuk lagu dari album terbaru 'Tak Hanya Diam'.

"Mudah-mudahan Padi dapat menghiburkan penonton dengan 10 buah lagu hits gabungan dari album pertama hingga kelima," ujar pemain bass, Rindra R. Noor.

Band yang turut dianggotai oleh Ari Tri Sosianto (gitar), Fadly Arifuddin (vokal), Surendro Prasetyo (drum) dan Satriyo Yudhi Wahono atau Piyu (gitar) ini akan mendendangkan lagu popular Kasih Tak Sampai, Maha Dewi dan Begitu Indah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan