Sudirman terima gelaran 'Datuk'

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyampaikan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada Sudirman Arshad yang diwakili kakaknya Datin Rodziah Arshad (dua, kiri) pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-78 pada 24 Oktober lepas di Istana Abu  hari ini. Anugerah itu merupakan perhargaan tertinggi bagi penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang yang meninggal dunia pada 22 Februari 1992 ketika berusia 37 tahun. Pada Istiadat itu seramai 184 individu menerima darjah kebesaran dan pingat. --fotoBERNAMA

PEKAN: Penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad hari ini dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran "Datuk" sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt tahun lepas.

Anugerah yang disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah dalam satu istiadat di Balairong Seri Istana Abu Bakar di sini diterima oleh kakak sulung penyanyi itu, Datin Rodziah Arshad.

Sudirman, anak kelahiran Temerloh, meninggal dunia pada 22 Februari 1992 pada usia 37 tahun.

Rodziah ketika ditemui pemberita melahirkan rasa terharu di atas penghargaan itu.

"Walaupun Allahyarham telah lama tiada, namun anugerah ini melambangkan beliau masih diingati dan dihargai sehingga kini," katanya.

Katanya beliau bercadang untuk menyerahkan anugerah darjah berkenaan ke Muzium Tokoh di Kuantan dan akan membincangkannya dengan ahli keluarga.

Sudirman (1984-1992), mula muncul dalam dunia hiburan tempatan apabila memenangi pertandingan bakat muda Bintang RTM pada tahun 1967 sebelum memulakan kerjayanya.

Beliau lebih dikenali sebagai "Singing Lawyer" dan "Elvis Malaysia,".

Lagu-lagu hits rakamannya bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga di negara lain di seluruh dunia.

Persembahan beliau seringkali mendapat tepukan gemuruh di Australia, Jepun, Kuwait dan Amerika Syarikat.

Beliau diberi gelaran "Singing Ambassador" daripada Lembaga Pembangunan Pelancongan Malaysia dan lagu nyanian beliau "To know Malaysia is to love Malaysia" masih lagi diperdengarkan sehingga kini.

Salah satu daripada persembahan terbaik dalam kareernya ialah pada April 15, 1986, apabila beliau mengadakan konsert di ruangan yang terbuka di Jalan Chow Kit di Kuala Lumpur, dan dipercayai merupakan "konsert jalanan" yang pertama sekali pernah dibuat.

Peminatnya ketika itu seramai kira-kira 100,000 membanjiri jalanraya, dan ketika itu The Star melaporkan "keadaan di KL lenggang dan ia bukan disebabkan masalah ekonomi tetapi oleh seorang lelaki, Penghibur No.1 Malaysia," tambahan lagi "ia merupakan persembahan yang mengejutkan dan tidak dapat dilupakan."

Beliau memenangi gelaran "Penghibur terbaik di Anugerah Muzik Asia 1989 di Royal Albert Hall, London.

Rakan Sudirman yang juga selebriti terkenal, Yasmin Yusuff, turut melahirkan rasa terharu serta menganggap anugerah berkenaan wajar diberikan terhadap bakat dan sumbangan Allahyarham.

Yasmin yang merupakan rakan sekolah Sudirman di Sekolah Sultan Abu Bakar, Kuantan, pula dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan