Ketagihan alkohol boleh membunuh Winehouse

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ibubapa Amy Winehouse telah mencuba pelbagai muslihat yang ditulis di dalam buku semata-mata untuk membuatkan penyanyi itu menjauhkan diri daripada alkohol - foto AFP
Ibubapa Amy Winehouse telah mencuba pelbagai muslihat yang ditulis di dalam buku semata-mata untuk membuatkan penyanyi itu menjauhkan diri daripada alkohol - foto AFP

IBUBAPA Amy Winehouse amat takut dengan ketagihan alkohol penyanyi itu yang mungkin akan 'membunuh' dirinya kelak.

Mitch dan Janis Winehouse berkata, mereka telah mencuba pelbagai muslihat yang ditulis di dalam buku semata-mata untuk membuatkan penyanyi itu menjauhkan diri daripada alkohol.

Ibubapanya juga turut merayu agar Winehouse berhenti dengan tabiat buruknya itu agar tidak 'membunuh' dirinya dan mereka juga.

"Saya ingin anak perempuan saya menjadi seperti orang lain. Saya telah cuba," kata bapanya.

Tambahnya lagi: "Saya bagitahunya, 'Amy, kamu kena cuba lakukannya. Kamu perlu pergi berjumpa doktor. Kamu membunuh saya dan ibu'. Usaha tersebut langsung tidak berjaya," katanya.

Ibu penyanyi tersebut pula berkata: "Saya hanya ingin melihat dia kembali 'ok' dan saya akan lakukan apa saja untuk membetulkannya.

"Dia mungkin terperangkap di dalam dirinya sendiri. Saya tahu, dengan ketagihan yang dilaluinya itu, dia tidak ada pilihan lain kerana 'bahan' itu yang menentukan arah tujunya."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan