'Detektif Lim' bersyukur diberi peluang terus bersama Gerak Khas

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"Detektif" Lim dan peguamnya, Nor Azri Mohd. Arif selepas kes ditangguhkan. - foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: "Hati saya masih terbeban dengan kes ini dan berharap ia akan selesai secepat mungkin," luah Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, atau lebih dikenali dengan nama Detektif Lim menerusi drama bersiri popular Gerak Khas berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapi kerana kesalahannya mencuri buku di sebuah kedai buku, Mac lalu.

Mahkamah Majistret di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan kes tersebut kepada 29 Julai depan setelah seorang pegawai penyiasat yang juga merupakan salah seorang saksi kes itu tidak dapat hadir di mahkahmah.

Farid didakwa mencuri buku bertajuk Decoding The Heaven berharga RM105 dan The Sistine Secrets (RM89.90) di kedai MPH Bookstore, Mid Valley, di sini pada jam 7.15 malam, 27 Mac lalu.

Dia pada mulanya mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan kali pertama oleh jurubahasa mahkamah pada 8 April lalu atas tuduhan mencuri dua buku milik MPH Bookstore dan dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, apabila tuduhan dibacakan kali kedua, tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas mendapat khidmat peguam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ditemui di luar mahkamah, Farid yang berpenampilan kemas dengan berbaju oren dan ditemani peguam belanya, Nor Azri Mohd. Arif melahirkan rasa bersyukur kerana walaupun kes itu belum berakhir, dirinya masih mendapat kepercayaan banyak pihak, termasuklah Datuk Yusof Haslam yang masih memberi peluang untuknya membintangi Gerak Khas.

"Saya berasa syukur dengan Datuk yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus beraksi dalam Gerak Khas. Saya juga berterima kasih kepada sokongan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan," kata Farid yang cuba mengelak untuk mengulas lanjut tentang kes tersebut.

Ujarnya, dia kini hanya pasrah dan berserah kepada Allah tentang nasibnya berhubung kes ini.

Namun, kata Farid, kes itu bagaimanapun tidak menjejaskan peluangnya berlakon, kerana setakat ini, dia masih menerima beberapa tawaran berlakon drama selain Gerak Khas.

Sementara itu, peguamnya, Nor Azri yang ditemui selepas perbicaraan itu berkata, pihaknya akur dengan keputusan mahkamah itu.

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya tunggu perbicaraan pada 29 Julai ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan