Audi Mok gubah sebuah lagu khas untuk bakal isteri

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG ialah komposer lagu, seorang pula ialah penyanyi muda yang berbakat besar. Menerusi penghasilan satu album, bunga-bunga cinta mereka pun mula berputik dan akhirnya hatipun bertaut mesra.

Dua merpati sejoli itu ialah komposer Audi Mok dan penyanyi juga peserta Malaysian Idol Nikki Paliwat.

Selepas hampir empat tahun menyulam kasih sayang, mereka bakal melangkah ke gerbang perkahwinan pada Sabtu depan (27 Jun), 2 petang dan bertempat di Gereja St. Francis Xavier, Petaling Jaya.

Nikki tidak menyangka komposer album pertamanya itu akan menjadi suaminya. Itulah yang dikatakan jodoh dan bila sudah jodoh, tidak lari gunung dikejar.

Menceritakan kisah percintaannya, Nikki memberitahu, Audi telah bekerjasama dalam album Nikki bertajuk Maharani (2005)

"Sepanjang pembikinan album tersebut, kami tidak jalin apa-apa hubungan istimewa. Perasaan cinta hanya terbit selepas itu apabila kami mengenali hati masing-masing.

"Makin Nikki mengenalinya, makin Nikki menyayanginya. Begitu juga dengan Audi. Akhirnya, masing-masing meluahkan perasaan cinta," katanya ketika beliau menyampaikan kad jemputan perkahwinan di Menara Star baru-baru ini.

Akui Nikki, perwatakan Audi yang lucu dan baik hati menambat hatinya dan dia kini tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi isteri kepada komposer terkenal itu.

"Saya memang sangat teruja buat masa ini. Malah, saya menanti-nantikan kedatangan tarikh tersebut," katanya.

Untuk majlis perkahwinan itu, Nikki berkata, dia menginginkan satu majlis resepsi yang ringkas tetapi meriah dengan saudara-mara dan kawan-kawan.

Antara artis yang akan hadir menyerikan majlis perkahwinannya nanti ialah Jaclyn Victor, Dina, Daphne Iking dan Faizal Tahir.

"Resepsi itu adalah simple kerana saya tidak ingin membesar-besarkanya sehingga menjejaskan tumpuan kerjaya kami berdua," jelasnya sambil menyatakan ia adalah upacara akad nikah atau perkahwinan tradisional Katolik yang sebenar-benarnya.

"Pada majlis itu, saya akan memakai gaun berwarna putih rekaan dan tajaan Jovian Mandagie sementara Audi Mok, tuxedo hitam Lord's Tailor," kata Nikki.

Mengulas lanjut tentang resepsi itu, Nikki memberitahu, majlis itu akan menggunakan tema warna "orange peppermint" iaitu oren, hijau dan putih.

Katanya, pengapit dan susunan bunga-bungaan (floral arrangement) juga menggunakan warna yang sama.

"Audi suka warna hijau sementara Nikki suka berwarna-warni," katanya. Tambahnya, setakat ini, persiapan perkahwinan masih tinggal 10 peratus menjelang tanggal 27 Jun ini.

Ditanya apakah kejutan pada majlis perkahwinannya itu, Nikki berkata, Audi pernah memberi hint bahawa dia akan menggubah lagu khas untuk hari paling bersejarah dalam hidup mereka.

Menurutnya, mereka bakal berbulan madu selama lima hari ke Bali pada awal bulan Julai dan dia akan berpindah ke Desa Petaling, rumah Audi Mok.

Mengenai bilangan anak yang diidam-idamkan, Nikki berharap Tuhan mengurniakan mereka ramai anak.

"Saya memang dibesarkan dalam suasana keluarga yang besar. Audi pula nak satu famili besar kerana dia sukakan kanak-kanak.

Sementara itu, Nikki memberitahu, dia sedang mempromosikan album kedua bertajuk "Halwa" yang dikeluarkan pada Disember lalu.

"Album itu pun mempunyai banyak lagu bagus dan promosi dijalankan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan