Yana rindu untuk kembali bergelar pengarah filem

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selepas filem sulungnya Selamat Pagi Cinta, Yana terus mendapat kepercayaan David Teo untuk mengarah filem terbaru terbitan Metrowealth tidak lama lagi
Selepas filem sulungnya Selamat Pagi Cinta, Yana terus mendapat kepercayaan David Teo untuk mengarah filem terbaru terbitan Metrowealth tidak lama lagi

GELARAN pengarah filem wanita paling muda sememangnya cukup besar untuk digalas oleh Norliana Samsudin atau mesra dengan panggilan Yana ini.

Tatkala ada yang menunjukkan rasa kagum terhadap dirinya, Yana tidak terlepas dengan kritikan banyak pihak yang meragui kemampuannya mengarah filem sulungnya iaitu Selamat Pagi Cinta.

Namun, kepercayaan yang diberikan oleh orang kuat Metrowealth, David Teo membuatkan pelakon berusia 25 tahun ini yakin dengan produk yang dihasilkannya itu.

Malah, sambutan yang tidak mengecewakan yang diraih oleh filem lakonan Pierre Andre, Fazura, Sharifah Amani dan Que Haidar itu tahun lalu membuatkan David semakin berkeyakinan untuk sekali lagi memberi tanggungjawab besar kepada Yana sebagai pengarah.

Cinta Alam Maya, sebuah filem bercorak 'romantic thriller' yang berkisarkan tentang penipuan di Internet itu akan terus menguji kewibaan Yana di dalam bidang pengarahan filem.

Akui Yana, dia sememangnya amat rindu untuk kembali mengarah, namun, ujar pelakon yang kini semakin meningkat namanya menerusi drama bersiri 3 Janda ini, kemungkinan filem itu terpaksa ditunda sehingga akhir tahun ini kerana jadual seninya yang padat dan pelakon lain yang terikat dengan komitmen lain.

"Kalau ikutkan, bulan Mei lalu sepatutnya penggambaran bermula. Saya juga sudah rancang untuk mengambil Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai tunggak utama filem ini, tetapi masa mereka pula yang tidak mengizinkan.

"Secara kebetulan pula, jadual saya juga padat dengan penggambaran drama bersiri E-Toyol, jadi nampaknya tak boleh nak buat apa-apa lagi. Setelah saya bincang dengan David, dia bersetuju untuk tunda sehingga akhir tahun.

"Tapi, itu pun masih lagi belum ditetapkan. Jika tidak sempat juga untuk buat akhir tahun ini, berkemungkinan besar saya terpaksa 'hold' dulu projek ini dan memulakan projek filem lain yang juga merupakan tawaran daripada David," kata Yana menceritakan tentang tawaran mengarah filem yang diterimanya.

Menurut Yana, walaupun semangatnya untuk mengarah filem terbaru cukup membara ketika ini, namun dia perlu memberikan tumpuan yang lebih terhadap bidang lakonan terlebih dahulu apatah lagi bila tawaran membintangi drama dan filem nampaknya tidak putus-putus diterimanya.

Lantaran itu, kata graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari Universiti Teknologi MARA ini, lebih baik memberikan tumpuan terhadap satu demi satu kerja terlebih dahulu daripada merangkul kesemuanya dalam satu masa.

"Kalau boleh, semuanya saya nak buat...berlakon dan kerja belakang tabir. Tapi, saya rasa biarlah selesaikan satu demi satu dulu. Dan nampaknya sejak kebelakangan ini, tawaran berlakon semakin banyak pula yang saya dapat.

"Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai yang percaya dengan bakat saya. Inilah yang dinamakan rezeki. Tapi pada masa yang sama, saya sempat juga menghasilkan skrip untuk program bercorak remaja di RTM," tutur pelakon yang sebelum ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Pierre Andre.

Puas bawa pelbagai jenis watak

Pembabitan Yana sebagai anak seni sudah bermula sejak tujuh tahun lalu. Mungkin tidak ramai yang mengetahui gadis ini terlebih dahulu melangkah di dalam bidang hiburan sebagai seorang penyanyi menerusi album Ceria sebelum 'menyepikan' diri seketika kerana memberi fokus terhadap pelajarannya.

Selain membuat 'kejutan' menjadi pengarah wanita paling muda, nama gadis ini melonjak naik setelah muncul di dalam filem Histeria tahun lalu, apatah lagi menerusi adegan 'kontroversi' yang menyaksikan aktres ini di dalam satu babak 'bercium' dengan pelakon baru, Scha.

Wajah comel Yana juga semakin kerap dilihat di kaca televisyen menerusi beberapa buah drama antaranya Lu'Lu, Bionic Man, 3 Janda dan yang terbaru, E-Toyol yang mula bersiaran di TV3 hari ini.

Mengulas tentang perkembangan karier seninya yang semakin menunjukkan tanda-tanda positif ini, kata Yana, dia sendiri tidak menyangkakan senario ini akan terjadi pada dirinya.

Malah, katanya lagi, dia bersyukur kerana sehingga hari ini, dia sudah berpeluang membawakan pelbagai jenis watak tidak kiralah sama ada di dalam drama mahupun filem.

"Saya dah cuba bawakan watak 'psycho', aksi, gadis 'blur' dan perempuan gedik...semua itu adalah watak yang sukar tetapi cukup puas dapat melakonkannya.

"Tetapi dalam banyak-banyak watak itu, saya rasa watak Suria di dalam 3 Janda ialah yang paling mencabar. Susah betul nak jadi 'gedik' macam tu sebab saya bukanlah orang seperti itu.

"Tetapi saya banyak melihat cara seorang rakan saya yang memang ada banyak persamaan dengan Suria. Dari situlah saya cuba kembangkan karektor itu dengan cara saya tersendiri," kata Yana yang juga baru selesai menjalani penggambaran filem terbaru arahan Ahmad Idham, Remp-It Nan Sempit.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan