Shiney Ahuja ditahan atas tuduhan rogol remaja

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shilpa Shetty (kanan) dan Shiney Ahuja dalam satu babak filem
Shilpa Shetty (kanan) dan Shiney Ahuja dalam satu babak filem "Life in a Metro".

POLIS Oshiwara (Mumbai) baru-baru ini secara rasmi menahan aktor Bollywood Shiney Ahuja atas dakwaan merogol seorang pembantu rumah yang masih remaja.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu telah membuat laporan polis terhadap Ahuja.

Dia telah bekerja dengan Ahuja sejak dua setengah bulan lalu memberitahu polis bahawa pelakon itu merogolnya di flatnya, Oshiwara pada pukul 3 petang ketika mereka berdua bersendirian di rumah.

Sumber memberitahu, dia juga menyatakan isteri Ahuja tidak berada di rumah ketika insiden itu berlaku.

Kata sumber itu lagi, gadis remaja itu telah dihantar ke hospital Nagpada dan laporan pemeriksaan awal mengesahkan jenayah itu berlaku.

Selepas mengumpulkan bukti-bukti, sumber memberitahu polis sudahpun menahan Ahuja.

Aktor kacak itu terkenal dengan lakonannya dalam filem Gangster, Life in a Metro dan Hazaaron Khwaishein Aisi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan