Perbicaraan saman terhadap Mawi World 2 November

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 Nov bagi perbicaraan saman RM1 juta yang dikemukakan oleh syarikat minuman Yassa Sdn Bhd terhadap Mawi World Sdn Bhd bagi pelanggaran hak harta intelek.

Tarikh itu ditetapkan di dalam kamar oleh Timbalan Pendaftar Che Wan Zaidi Wan Ibrahim semasa pengurusan kes itu.

Saman itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Abang Iskandar Abang Hashim, kata peguam yang mewakili Yassa, Nasrul Hadi Mat Saad kepada pemberita di luar mahkamah.

Pada 31 Okt, 2006, Yassa melalui peguamnya Tetuan Abdul Aziz & Associates, memfailkan saman mendakwa Mawi World telah melanggar hak harta intelek dengan memasarkan air galian di bawah jenama "Mawi World", menggunakan kandungan maklumat milik syarikat itu seperti lesen pengeluaran minuman air mineral dan alamat kilang minuman pada botol minuman itu tanpa memperoleh kebenaran syarikat itu.

Ia juga mendakwa botol minuman air galian yang menggunakan gambar penyanyi Mawi atau Asmawi Ani, 29, mengandungi maklumat mengenai sumber dan kandungan yang sama dengan air mineral Streamline keluaran Yassa.

Pada 14 Feb, tahun lepas, Penolong Pendaftar Kanan Noorasyikin Sahat menolak permohonan Mawi World untuk menggugurkan saman itu dengan kos.

Mawi World merayu terhadap keputusan itu, tetapi ia juga ditolak oleh mahkamah pada 18 Jun tahun lepas.

Mawi World diwakili peguam Juliana Mohamad. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan