Sculfor tinggalkan Diaz kerana ingin bersendirian

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cameron Diaz
Cameron Diaz

SELEPAS perpisahan, Paul Sculfor telah tampil untuk menjelaskan puncanya dia berpisah dengan Cameron Diaz.

Model British itu berpisah dengan aktres Hollywood pada Mei ini.

Dalam satu temuramah bersama sebuah majalah baru-baru ini, Sculfor mengaku dia tidak suka "diikat" dengan tali perkahwinan.

"Saya suka bersendirian. Ini adalah pilihan saya untuk membujang. Adalah menarik untuk bersendirian - anda tidak suka terikat dengan seseorang, anda suka begitu?" katanya kepada media.

Sculfor memberitahu, dia menikmati kebebasannya sekarang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan