Malaysia menjadi lokasi pilihan bagi penerbit filem Pakistan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Bollywood Preity Zinta dan aktor Hrithik Roshan pernah melakonkan filem usahama Bollywood-Pakistan
Aktres Bollywood Preity Zinta dan aktor Hrithik Roshan pernah melakonkan filem usahama Bollywood-Pakistan

NEW DELHI: Malaysia menjadi lokasi pilihan bagi pengeluar filem Pakistan untuk membuat penggambaran filem dan iklan komersil.

Kedudukannya yang berdekatan ditambah dengan tarikan alam semulajadi dan kos pengeluaran yang murah dan suasana persekitaran yang selamat telah menarik ramai penerbit Pakistan ke Malaysia.

"Sekurang-kurangnya enam hingga tujuh siri televisyen dan komersil yang dipertontonkan di saluran-saluran kami semuanya dirakamkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Kami biasanya banyak membuat penggambaran di India sebelum ini tetapi disebabkan sensiviti (politik), para penerbit kami bertumpu ke lokasi-lokasi lain dan Malaysia sudah tentu tempat yang sesuai bagi kami," kata Pengerusi Persatuan Penerbitpenerbit Filem Pakistan Saeed Rizvi kepada Bernama.

Lokasi Malaysia yang strategik, dengan akses yang mudah untuk ke Bangkok dan Hong Kong, menjadikan ia lebih mudah bagi kerjakerja penerbitan selain kurangnya kerenah birokrasi bagi mendapatkan permit menjadikannya sebagai lokasi pilihan, katanya.

Industri filem Pakistan atau Lollywood di Lahore, Kariwood (Karachi) dan Pollywood (Peshawar), menerbitkan kurang daripada 40 filem setahun tidak seperti jirannya, India yang terkenal dengan gelaran Bollywood yang mengeluarkan hampir 800 filem setahun.

Pada masa ini, pelakon wanita terkenal Pakistan Reema Khan sedang menjalani penggambaran filem cereka keduanya "Kitni Haseen" (Indahnya Kehidupan) di Malaysia.

Pada 2005, satu lagi filem yang dibintangi Reema, "Koi Tujh Sa Kahan" (Tiada Yang Seperti Kamu), juga menjalani penggambaran di Malaysia.

Saeed, yang juga seorang penerbit, sedang merancang untuk mengadakan penggambaran bagi satu babak nyanyian bagi filemnya yang akan datang di Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan