Zalina Azman: Menulis buku selepas bersara bukan 'trend'

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zalina Azman (kanan) bersama rakan seperjuangannya dalam bidang penyiaran, Wan Zaleha Radzi. -foto mStar oleh SITI AZIRA
Zalina Azman (kanan) bersama rakan seperjuangannya dalam bidang penyiaran, Wan Zaleha Radzi. -foto mStar oleh SITI AZIRA

RAMAI bekas personaliti TV3 yang suka menerbitkan buku sendiri selepas bersara daripada dunia penyiaran kala ini.

Antaranya adalah Aziah Jasmin Azizul Hassan yang tampil dengan buku The Pink Book, Sharifah Shawati Syed Mohd ((Imej - Diri Anda Aset Anda) termasuk Zalina Azman (Mystical Mangla dan V For Vintage).

Walaupun begitu, salah seorang bekas personaliti, Datin Zalina Azman, 45, yang kini juga bergelar penulis buku menyangkal dakwaan bahawa bekas personaliti tidak semestinya akan menulis buku setelah mereka bersara.

Apatah lagi dia telah menulis buku sejak sebelum kedua-dua bekas personaliti itu menerbitkan buku mereka.

“Saya menghasilkan buku bukan disebabkan trend ramai personaliti yang menulis buku sekarang tetapi saya menerbitkan buku sebelum Aziah dan Shawati lagi iaitu bermula 2005.

“Lagipun buku saya keluarkan melihat kepada pasaran yang berbeza.

“Masing-masing mempunyai kelebihan dan stail tersendiri. Misalnya dalam buku ‘V For Vintage’ menceritakan tentang koleksi baju saya seperti baju yang disimpan selama 20 tahun lalu,” kata Zalina yang menghasilkan buku pertamanya, Mystical Mangla.

Buku itu merupakan penghargaan kepada kekayaan sejarah seluruh kawasan Mangla dan ditulis daripada kaca matanya sebagai seorang pengembara.

Selain sibuk dengan penulisan buku, Zalina turut mereka cipta ‘layout’ laman web dan mempromosikan syarikat milik suaminya, Datuk Anuar Adam iaitu Maxcorp Media Sdn. Bhd.

Disebabkan dunia baru yang dilaluinya sekarang, ibu kepada Mikhail Norman, 19, dan Anzarryn, 3, ini enggan beranjak dalam dunia penulisan sekaligus kurang berminat lagi untuk membuat penampilan semula beraksi di hadapan kamera.

“Rindu tu memanglah tetapi saya rasa tak perlu buat ‘comeback’ lagi kerana saya sudah mempunyai kerjaya sendiri.

“Bagaimanapun, saya masih lagi menyokong program-program yang dijalankan oleh TV3 seperti Inspirasi TV3,” kata Zalina yang pernah mengendalikan program Money Matters.

Wanita yang pernah mendapat jolokan 'hos wanita paling glamour' ini juga mempunyai pengalaman menemubual bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela serta selebriti terkenal antarabangsa seperti Beyonce Knowles, dan Britney Spears.

Zalina memulakan tugas di stesen TV itu sejak 1990, bagaimanapun pada 2002, beliau melanjutkan pengajian di dalam peringkat Sarjana Kewartawanan selama setahun di London.

Berdasarkan pengalaman yang Zalina ada, tidak salah jika meminta pandangan atau nasihat yang dia mahu berikan kepada pelapis dalam bidang penyiaran sekarang.

“Saya lihat persaingan sekarang memang kuat berbanding dulu dalam dua hingga tiga orang sahaja yang bersaing dalam industri.

“Sekarang, saya lihat banyak bakat dikalangan remaja yang lahir dari ‘reality show’. Saya harap TV3 mempunyai program yang cukup dan jangan mengecewakan mereka yang ada bakat ini,” ujarnya bersungguh-sungguh yang begitu mengagumi bakat pengacara Ally Iskandar dan Fara Fauzana.

Katanya, Ally mampu mengendalikan program yang berbentuk serius atau santai manakala Fara pula boleh menjadi seorang pengacara yang ‘berwarna-warni’.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan