Queen Latifah akui pernah alami penderaan seksual - Berita Hiburan | mStar

Queen Latifah akui pernah alami penderaan seksual

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Queen Latifah mengaku dia pernah menjadi mangsa penderaan seksual sewaktu zaman kanak-kanaknya
Queen Latifah mengaku dia pernah menjadi mangsa penderaan seksual sewaktu zaman kanak-kanaknya

AKTRES Queen Latifah pertama kalinya membuat pengakuan bahawa dia pernah menjadi mangsa penderaan seksual sewaktu zaman kanak-kanaknya.

Menurutnya, dia 'diganggu' oleh pengasuhnya iaitu seorang remaja sehingga membuatkan dia gagal membentuk sesebuah hubungan ketika menginjak dewasa.

"Dia 'musnahkan' saya," katanya di dalam sebuah majalah.

"Saya tidak pernah beritahu sesiapa pun. Saya cuba simpan sedalam mungkin hal ini. Dan saya tidak pernah biarkan seseorang jadi terlalu rapat dengan diri saya.

"Saya mungkin boleh berkahwin sejak bertahun-tahun dulu, tetapi saya mengalami masalah tentang komitmen," kata aktres berusia 39 tahun ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan